Kebelakangan ni cm malas nk update blog sebab takde mood. Hari ni dah hari ke-4 kerja kat ward male surgical Barat 4, HSA. Dan harini baru aku dapat shift petang setelah 3 hari shift pagi. Howyeah howyeah.
Cam biasa, kalau shift petang, subuh bangun pastu collapse atas katil. Sedar2 dah pukul 10, takpun sebelas lebih. Hahahaha. Useless betul hidup camtu. Dan yg seronoknya hari ni ward pasif gila menyebabkan aku yg horny ni pun turut pasif dan bangau di situ.
So aku sangat tak produktif gila barbie hari ni.
By the way aku sangat menyampah dgn style rambut bodoh aku sekarang ni. Tapi aku dah x boleh nak ejas dah. Nak spike dah takleh nak spike, nak wt style len x jadi. Nak potong pendek tapi sayang pulak (haktuih ataih muka). Nak botak kang cm rasa buruk gila pulak even muka aku memang buruk tak kira wat style ape pun. Jadi kamurang rasa mcm mana tu? Arghh. Stop talking crap about this stupid hair stuff!!
Sekarang ni aku terlalu taksub dengan lagu Sick of Everyone by Sum 41. Boleh tak aku nak tubuhkan band semata2 utk cover lagu tu? Acehh. Sembang lebih. Jadi student nurse pun dah takleh manage masa. Ni nak buat band. Ingat ada sangat masa nak jamming, gig bagai?? Huahuahua.
By the way, aku merindui saat aku fulltime seorang shinigami berwibawa. Sekarang semenjak part time jadi student nurse ni, aku tak boleh focus dengan tanggungjawab aku sebagai shinigami. Ahli2 squad aku ramai yg dah berpecah belah, pompuan2 dah tak tergilakan aku, hollow2 kian berleluasa. Sedih pulak rasa. Rindu ah beb. Hmmm. Aku rindu nak guna bakudo utk kurung diri aku dan Matsumoto berdua, nak guna Bankai utk pikat segala crush crush aku, nak guna zanpakuto aku utk berselfie, nak join mesyuarat bersama geng2 capten, nak terbang2 kat awan, berjaya kalahkan menos, melibas libas hantu guna pedang,berparty liar dengan geng2 shinigami wanita, aku rindu semua tu. Tapi apa kan daya, aku seorang student nurse. Hmm.
Gambar dulu dulu. Miss all this. Dulu aku henseng okay. Dan cool. Dan kiut. Dan ramai pompuan gilakan aku. Dan hebat. Dan kuat. Dan..dann... Contohnya cam gambar selfie aku kat atas tu. Cool kan? Hihii.
Oklah, malas dah aku nak mencarut lelama kat sini. Adiossss~~


No comments:
Post a Comment