Friday, August 29, 2014

Zaman Shinigamiku Akan Berakhir?

Sup guys. I had been a jerk lately. Dont ask. Lolol.

Kebelakangan ni cm malas nk update blog sebab takde mood. Hari ni dah hari ke-4 kerja kat ward male surgical Barat 4, HSA. Dan harini baru aku dapat shift petang setelah 3 hari shift pagi. Howyeah howyeah.

Cam biasa, kalau shift petang, subuh bangun pastu collapse atas katil. Sedar2 dah pukul 10, takpun sebelas lebih. Hahahaha. Useless betul hidup camtu. Dan yg seronoknya hari ni ward pasif gila menyebabkan aku yg horny ni pun turut pasif dan bangau di situ.

So aku sangat tak produktif gila barbie hari ni.

By the way aku sangat menyampah dgn style rambut bodoh aku sekarang ni. Tapi aku dah x boleh nak ejas dah. Nak spike dah takleh nak spike, nak wt style len x jadi. Nak potong pendek tapi sayang pulak (haktuih ataih muka). Nak botak kang cm rasa buruk gila pulak even muka aku memang buruk tak kira wat style ape pun. Jadi kamurang rasa mcm mana tu? Arghh. Stop talking crap about this stupid hair stuff!!

Sekarang ni aku terlalu taksub dengan lagu Sick of Everyone by Sum 41. Boleh tak aku nak tubuhkan band semata2 utk cover lagu tu? Acehh. Sembang lebih. Jadi student nurse pun dah takleh manage masa. Ni nak buat band. Ingat ada sangat masa nak jamming, gig bagai?? Huahuahua.

By the way, aku merindui saat aku fulltime seorang shinigami berwibawa. Sekarang semenjak part time jadi student nurse ni, aku tak boleh focus dengan tanggungjawab aku sebagai shinigami. Ahli2 squad aku ramai yg dah berpecah belah, pompuan2 dah tak tergilakan aku, hollow2 kian berleluasa. Sedih pulak rasa. Rindu ah beb. Hmmm. Aku rindu nak guna bakudo utk kurung diri aku dan Matsumoto berdua, nak guna Bankai utk pikat segala crush crush aku, nak guna zanpakuto aku utk berselfie, nak join mesyuarat bersama geng2 capten, nak terbang2 kat awan, berjaya kalahkan menos, melibas libas hantu guna pedang,berparty liar dengan geng2 shinigami wanita, aku rindu semua tu. Tapi apa kan daya, aku seorang student nurse. Hmm.


Gambar dulu dulu. Miss all this. Dulu aku henseng okay. Dan cool. Dan kiut. Dan ramai pompuan gilakan aku. Dan hebat. Dan kuat. Dan..dann... Contohnya cam gambar selfie aku kat atas tu. Cool kan? Hihii. 

Wednesday, August 27, 2014

Pumping My Mental

Hella hella guys. Kebelakangan ni byk ujian yg mengganggu emosi dan reputasi aku. Cehh ayat. Mintak kena pijak je. Tak habis2 dgn kebelakangan ni kan. Hohoho.

Hari ni hari JONA (badluck) kot. Astaghfirullah. Tak baik tak baik. Ada pulak ckp cmtu kan? (Siat mulut guna tooth dissecting forcep). Sebabnya, agak busy dan serabut dlm ward tadi. Dah hari ke-3 aku jaga bahagian acute di ward surgical Barat 4 minggu ni. Memang dah biasa dgn ward tu. Sem 2, Sem 3, Sem 6. Tiga sem dah kerja kat ward tu. Dan memang biasa aku jaga bahagian acute(teruk) dan bahagian HDU(high dependency unit). HDU ni tempat yg teruk gila la. Yg kena monitor betul2 sebab patients bila2 boleh k.o. atau bahasa medical nya collapse.

Masa sem 2 dulu sebenarnya tak dibenarkan jaga bahagian HDU tu, tp aku selamba je jaga situ. Sem 3 pun sama, aku jaga acute dgn HDU je. Sekarang pun sama. Sebab situ byk kerja. Dan byk menda boleh belajar. Dan sememangnya aku jarang dapat rehat, duduk, makan mahupun minum bila jaga unit2 tersebut. Penatnya memang gila babis penat. Dulu tu salah satu ward faveret aku. Walaupun serabut, superbusy, suram, dan memang mcm tempat yg abandoned, creepy, penat gila, tp aku suka ward tu satu ketika dulu sewaktu aku junior. Hahaha.(gelak cam alien)

Ops, jauh melalut, kembali ke pangkal jalan. Hari ni, memang agak busy, dgn dressing(cuci luka), feeding (bagi susu ikut tiub), runner GM, bagi neb, macam2 lagilah yg kerja kadang2 nurse tak patut buat pun aku kena buat. Contohnya suruh guna tenaga shunpo utk amek barang atau ubat kat farmasi, guna BANKAI DAIGUREN HYOURINMARU aku utk sejukkan pesakit yg demam, guna reiatsu yg luar kawalan utk angkat barang2 yg gila maha berat, guna kage bunshin utk settle semua tasks dlm waktu yg singkat, guna bakudo utk restraint patients, guna genjutsu utk tenangkan pesakit. Dan aku ada la jugak bengang td bila sorang staff nurse HDU yg pregnant tu mengarah2 aku. Walhal aku tak jaga bahagian HDU. Aku jaga bahagian acute. Dy sedap mengarah sambil makan dan enjoy kat dlm pantry masa tu. Aku ni pulak yg mcm staff nurse, dgn tak rehatnya, dgn busy nya. Nasibla kau preggy staff nurse. Kalau tak aku dah curah chlorhexidine 2% dlm nasi kau. Cisss!!

Pastu dah settle semua, aku suh member aku tolong belikan makanan, sebab dy nk g rehat, so aku kena cover cubicle dy, HDU dan cubicle aku. Pasraahh aku kata. Lama pulak dy pergi, dekat sejam. Nasibla aku sempat cover. Pastu masa balik tadi, memang dah pukul 2pm kot. Sampai kat bas jam aku pukul 2.05pm. Tapi dah ada geng2 CI (clinical instructor /pengajar ) dlm bas yg merampas kad matrix manusia2 yg keluar awal dari ward. Sekali ngan aku terkena. Shimatta!! Dy cakap aku balik awal. Sheyttt.
Ingat muka aku ni jenis yg geng2 keluar awal dari ward ke, geng curi tulang ke? Rehat pun tak sempat. Saya tak pernah curi tulang la puan. Orang yg curi hati saya ada ah. Haktuih (muntah indigo)

Sebenarnya aku tengah bersedih ni. Dengan macam2 masalah lagi. Pastu semalam birthday member aku. Aku tak wish sebab tak ingat. Yela, aku ni bukan jenis sambut atau wish birthday. Birthday family pun tak ingat. Birthday aku sendiri pun kadang2 org wish baru aku ingat. Ni pulak birthday dy. Pastu dy sentap. Arghhhh. Pastu ada pulak masalah aku ngan sorang mamat ni. Dan disebabkan aku ni jenis bahangong suka up moments la, status la, tweet la, ramai yg xda kena mengena yg terasa. Dan sekarang bertambah2 masalah atas kepandiran aku sendiri. Kuso!! Baka!!

Tapi bila depan orang tak kan la aku nak nangis2 pulak kan, even dlm hati down gila. Stress dgn mcm2 lagi masalah yg kena fikir. Tapi aku ni lemah bin longlai bin lembik. Rasa cam nak nangis je. Huwwaawawa. Sambadi pliz lend mi yor sholder. Huwawawaaa. (Libas kepala guna gitar Ibanez)
Multitasking guitarist ni. Woahaha

Okla. Chau.

Monday, August 25, 2014

I Am Not Matured

Assalam guys. Been tired with problems, health and tears lately. Didnt have time to update the entry.

Semenjak bermenjak2 ni, aku selalu terpikir, apa halatuju aku nanti bila dah pass LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) yg hanya lagi 3 bulan lebih lagi.

Hospital mana bakal aku ditempatkan bila dah graduate lg beberapa bulan je lagi? Adakah hospital? Adakah klinik? Ward apa yg aku akan ditempatkan? Ward surgical? Medical? Paediatrics? Operation? Emergency?

Apa jalan hidup aku nanti? Pasal ilmu agama,kahwin, pasal rumah, kereta, kewangan, ? Banyaknya aku fikir. Aku dah cukup matang ke dgn semua ni? Mental aku dah cukup stabil ke nak pikul semua tanggungjawab ni, nak decide jalan hidup aku?

Sesungguhnya aku nervous, takut, excited, dan macam2 bila fikir lagi beberapa bulan bakal memikul sebagai official registered nurse pangkat U29. Cemana hidup aku nanti. Duk rumah hanya utk makan dan tidur. Selebihnya merawat pesakit.

Poodahh. Banyak betul mikir. Exam midterm lagi beberapa minggu. Study belum lagi. Asik balik kerja tidur dan online je. Padahal sem 6 ni lah sem paling bahaya baqhang. Kena study semula dari sem 1-6. Kena study tahap doctor. Kena ingat dan very skillful dalam semua prosedure perawatan. Kena manage masa kerja, study dan beriadah. Dan kena lulus LJM. Tu yg paling takut sekali. Lulus LJM ok. Bukan SPM, PMR. Soal hidup. Menentukan aku ni layak tak merawat orng kat luar sana atau sia-2 belajar ilmu medic selama 3 tahun. Harapnya aku dan kawan2 serta seluruh student nurse bakal lulus utk LJM bulan 12 nanti. Aamiin.

Tapi tu lah. Belajar tak serius lagi. Masih terkinja2 cam budak terencat. Anime rajin ah tengok. Pastu asik berimaginasi je. Imaginasi pulak, yg orng gila tak terimaginasi pun aku boleh imaginasi. Bila lah aku ni nak matang. Makan burger pun bersepah. Korek hidung bila bosan lah. Bergurau 18sx lah. Haihh.


Chiao

Tuesday, August 19, 2014

Am I Staff Nurse??

Sup guys. Jonah today okay! Aishh. X baik. Maksud aku. Ujian iman yg menimpa harini.

Awal sampai wad aku amek report dari member shift pagi yg jaga cubicle A. Dan masa sn pass report byk yg sn pagi tak ingat sebab kertas report beliau hilang. So sn ptg amek report dari aku je. Settle sume aku cek dulu sorang2 patients. Kondisi elok ke x. Aku kerja dengab budak mx. So aku tau yg mx kat situ sgt azab, aku tolong settlekan sume. Walaupun CI x bagi kitorang bagi ubat kat patients sebab takut medication error, aku tetap buat. Freshie sebenarnye bertanggungjawab serve ubat dan jd runner. Tapi disebabkan aku dah terlampau biasa dengan wad tu, aku dah settle serve ubat utk cubicle A. Sn-2 freshie suma terkejut tgk aku. Aku ckp la, malu la klu dah sem 6 tp x reti wat keje, lembab serve ubat kat sn tu. Pastu dy ckp, dy lg malu sebab dh keje tp still terkial2 serve ubat. So aku beritau la dy sikit2 sebab aku dh biasa dgn wad tu. Pastu dah siap serve ubat tetiba semua freshies hilang. So aku sorang2 tolak troli ubat kat cubicle B. Takde orang tolong okay!! Kubikal B xde student, sn pn takde. Lalu aku sendiri la terkial2 situ serve ubat bagai.

Dah settle sume tetiba aku kena tukar incharge kubikal B sebab kubikal A ad peritoneal dialysis. CI nak junior yg buat sebab dorang baru belajar. So aku trrpaksa amek report dari sn utk kubikal B. Nak pukul 4 baru siap amek report. Dan ujian, aku kena handle kubikal tu sorang2. Dah macam management dah. Tade junior tade batch aku. Sn plak preggy. So dy order order order dan terus order non stop. Dy baik tp trrlalu byk arahan sampai byk kerja aku yg x siap, tertinggal. Admission lagi bape ramai kat kubikal aku. Vital sign, feeding, gm, serve ubat, byk gila kerja. Dan aku seharian tak makan apa2 ok harini. Dan masih diarhea wlaupun dah tak teruk. Aku tak sempat duduk dan rilex pun harini. Dari sampai wad sampai balik, kerja non stop. Dengan patients yg ramai demand, tu tak kena, ni tak kena, sn lagi suh wat macam2, doctor lagi. Tadi ada lam 5 minit gap pastu aku nampak doctor nak insert branula utk new case. Tapi pt tu tak berani so doctor yg sporting tu yg buat. Dy ckp, alaa, takpe ar bro, len kali cari aku kalau nk taking blood or insert branula. Dy pun ckp kat aku, "sian kau kan, wat kerja gila babi tp sn membesarkan bontot je kat kerusi. Babi betol."
Aku pun gelak je. Dahla doktor tu ckp dpan patient.

Hajat aku nak sgt rehat harini. Walaupun dah biasa tak rehat. Tapi entah kenapa harini nak sangat rehat. Yela,badan aku tak terima apa2 lagi, asik keluar je. Mang hypo and dehydrated ah.

Tadi masa wat bedmaking kat kubikal aku, aku tolong sorang freshie male nurse ni. Dy dari KSKB Sungai Buloh. Dy memang kejutan budaya la dgn wad tu. Sebab dy cakap, teruk2 kat KLpn tak sebusy dan serabut cam wad tu. Dy ckp dy memang nak tukar wad kalau boleh sebab tak sanggup duk situ. Haha, lek ah. Baru seminggu kot situ. Aku total dah 5 minggu pernah keja wad tu.

Penat ah. Dahla esok shift pagi. Aku dengan tak makan apa2 harini, minum air je. Last makan pukul 6 setengah petang semalam. Tu pun vomit balik. Ni aku tulis blog dlm bas sebab naik bas management. Sekarang jam 10pm. Mau tak pukul 10.30pm baru sampai kolej.

Nak mandi lagi, qada' asar dan maghrib yg aku tertinggal lagi, isya lagi. Wat tu wat ni. Ntah pukul bape baru dpt tido. Esok kul 5am dah kena meloncat bangun. Harini takde orang pun tlg aku wat kerja. Memang aku 80% wt kerja, 20% sn. Nak meninggal rasa.
Lenkali kena siap2 beli roti sebelum masuk wad.
Takdela aku berpuasa penuh tanpa niat. Okla

Chiao~~

Monday, August 18, 2014

Tenang

Sup guys. Harini alhamdulillah okay.

Cam biasa, sampai je ward, take over report. Cek ivd, cek oxygen patient, segala2. Harini jaga kat cubicle E a.k.a tempat patients psychiatrics kebanyakannya. Dan cam semalam. Aku jaga 10 orang patients. Dibantu oleh sorang member. Hell yeah. Dan cam yg korang takkan pernah tahu, patients psy memang byk menguji keimanan. Nasib baik aku ni jenis yg cool dan clammy. Hahahahaha. Fvck stop it!!

Tak busy pun hari ni walaupun still overflow. Cuma buat observation, feeding, suction, hantar dan amik patients, close i/o dan buang urine. Cuma masa aku free aku tolong ah member len buat feeding, up drip, dan mende2 lain yg remeh temeh.

Tadi rehat lam pantry je. Beli nasi goreng kat cafe. Buat glucometering jap pastu soruuu times. Lepas makan aku start balik rasa loya dan kesakitan keamatan keperutan. Terus gi toilet.

Tadi balik lambat sebab bas pukul 9.30pm baru sampai. Pastu berebut bergusti cam Sheamus vs Brock Lesnar pulak kat pintu bas cam biasa ah kan. Demit betol. Aku ni shinigami. Bukan wrestler!! Disebabkan aku ni pendek dan terkinja2, aku ditolak, dilibas, dilanyak, dipandang hina, dipertikai, diperlekeh, dan hampir dirogol di pintu bas tersebut. Dengan menggunakan reiatsu yg tinggi dan ketangkasan shunpou aku, aku berjaya dapat seats dan merembaskan punggung aku ke atas kerusi dengan kadar halaju yg tinggi menyebabkan aku melantun balik dan terhantuk 3 kali kat bumbung bas.

Esok dah tak sama shift dengan geng yg aku biasa kerja sekali. Esok geng yg kebanyakannya jenis suka rehat dan jenis tak bercakap ngan aku. Kira x berapa nak masuk gitu. Lantak ah. Aku buat keje aku, dorang wt keje dorang.

By the way aku ni tak berapa reti berkawan. Sebab biasanya orang jadi awkward and annoyying bila kenal ngan aku. Haha. Fact.

Okla.. Gudnite


Haha. Ni gambar member aku. Dia tak perasan aku sekodeng dy masa ni. Pastu aku snap gambar dy. Muka je gengster tapi lam hati ada taman. Ppuiihh. Mesti dy belasah aku law kantoi gambar ni dy tau. Hiihiihi. Sorii Grimmjow. Huhu





Sunday, August 17, 2014

Cherry Berry

Hey yo guys. Dari pukul 10.30pm tadi aku nak update blog, tapi line cam cibai. Nak bukak google chrome pun tak lepas. Intro dah mencarot. Wakakaka.

Hari ni start dari jam 1 pagi tadi sampaila subuh aku cherry berry dan muntah2. Keluar air je okay. Aku rasa kalau aku chart i/o aku sendiri melalui pemberakan aku tu, dah lebih 4L kot keluar. Nak tidur pun x boleh. Tambah dengan loya gila barbie. Memang gila barbiturate lah punya loya. Sampai menggigil badan aku. Semua sakit. Segala ceruk2 sendi aku sakit. Perut kejang, pinggang cramp, leher stiffness. Sakit kepala sebab tak cukup tido. Agak azab aku rasa. Nasibla harini shift petang. Kalau tak dah mmg aku amek MC dah. Tapi aku x nak MC sebab nanti kena ganti kerja.


Aku dah minum teh sepekat2nya, pil chik kit tek aun, madu semua aku sumbat tapi tak berkesan. Memang air je yg meluncur. Aku rasa cam nk pengsan, lemah gila.

Pastu tadi kat ward, masuk2 carry forward ada 45 orang patients. Perghhhhh. Aku jaga 10 orang patients je. Nasib ada junior jaga satu cubicle dengan aku. At least takda la terkangkang aku nak handle patients. Dan sangat bernasib baik dapat junior yg sangat rajin dan membantu. Serius aku rasa dy geram kat aku sebab aku byk kali hilang tak bagitau dy sebab aku gi toilet berkali2. Pastu aku lepak kat pantry,bilik treatment dan surau sebelah ward tu. Sebab aku memang tak larat gilaa. Mang hypo dan nak pitam. Maafkan aku junior. Aku bukan senior yg cmtu sebenarnya tapi aku betol2 tak laratt.Aku masa sampai wad terus cari ubat maxolon dan lomotil. Terus telan. Tapi takda perubahan. Tetap diarrhea, loya. Seksa gila kerja tadi. Dahla wad busy. Patients overload dah. Pastu dah overload td ada plak PPK hantar lagi sorang patient. Last2 kena pindah kat wad atas. Penuh gila.

Tapi aku bersyukur walaupun aku cam nak mati dlm wad tu, tp Tuhan beri bantuan melalui dpt junior yg rajin dan boleh diharap, dapat male nurse yg sporting. Ada bantuan. Alhamdulillah YaAllah.

By the way, disebabkan aku ni dari sem 1 lagi kerja kat wad tu, semua sn dah kenal aku. Tambahan aku pernah management kat situ. Dorang sambut kedatangan aku dgn sporting sekali. Cehh ayat. Nak2 SN Hilda (sabahan) tu. Dahla tomboy, tak habis2 suh aku jadi boyfren dy. Ajak gi clubbing la. Dari sem lepas lagi. Haha. Macam2. Lagipun aku dah rapat dgn sebahagian sn kat situ. Kat fb lagi. Tu yg kitorang mesra je tu. Aku pn ckp kau aku je ngan Hilda tu. Sebab dah terlampau mesra walaupun kurang ajar je aku rasa. Tadi jumpa sn superduper senior. Dy shift mlm. Dy ah yg buli aku kaw2 masa management dulu. Sn len pun tau aku kne buli. Betapa azab aku masa management dgn dy selama 3 hari pertama management berturut2. Dy buat aku cam freshie. Kena handle sume, kena tau sume.

Tadi wad memang serabut. Sebab wad tu memang byk patients psy. Tapi biasanya kat cubicle E, belakang sekali. Tapi entah kenapa sampai kat cubicle len pun bersepah2 patients psy. Dari awal sampai, sampai ah balik, serabut. Bising dorang jerit2 mengamuk2 meronta2 marah2. Sampai 3 orang patients kena restraint sebab teruk sangat. Nasib ah ada kitorang student ni.


Hari ni aku langsung tak makan apa2. Intake aku cuma air,dan mushroom soups yg aku baru buat ni. Output aku 5L kot termasuk kencing. Arghh. Lega gila dapat balik. Aku dah cam nak mati kat dlm wad tu sebenarnya. Dan aku tak sangka aku dapat wat kerja jugak even cam nk mampos td.

Hajatnya nk update blog awal2 td pastu tido awal sebab mlm td aku tak tido disebabkan berak dan muntah2 ni. Tapi line yg cam gampang , terpaksa jugak tido lewat. Hari ni blog tak berapa nak menarik sebabnya fungsi tubuh badan aku yg tak berapa nak baik. Mempengaruhi penulisan blog. Okla


Byee~~

Masih rasa bersalah dengan junior aku tu. Esok kalau aku dah sembuh inshaAllah aku buat kerja leklok

Saturday, August 16, 2014

Last Day @ Paediatrics Ward Hospital Sultan Ismail

Whadap guys. Today is the last day at paediatrics ward. And the first and maybe the last day i work at 9B. Lol.

Harini for the first time aku jaga patients kat 9B. Takdela busy sangat. Awal2 aku sampai total ada 9 orang patients. Tanjat gak kejap. Pastu ada KIV Discharge then ramai patients yg discharged.Tinggal 4 orang je patients aku. Hahahaha (gelak cam Zaraki Kenpachi aku masa tu). Tapi jangan over excited sangat. Sebab ada lagi ramai yg dari 8D menunggu utk menerjah ke pintu gawang 9B. Aku dah bersedia dari segi chakra dan reiatsu aku.

Tapi okla, total ada 7 orang patients yg aku kena jaga. Pastu nak balik tadi sempat pulak tambah lagi sorang patients. Haha. Doesnt matter la. Aku lagi suka kerja sorang2 dari kerja dengan geng yg cm xda function dalam ward. Hari ni 2 orang je HK. Tapi tetiba ada 4 orang HK sendiri. Aku tak dapat bayangkan cemana geng kat bawah buat kerja terkial2. Pastu tadi sn aku suh gi rehat. Aku malas nk rehat so aku gi tolong kejap kat bawah. Vital sign, g emergency, beri ubat. At least membantu la jugak sikit kan?

Tak paham aku dorang ni. Dah sem akhir pun perangai cam ape entah. Responsibility tu hampeh lagi. Dan bape bulan je lagi nak qualified nak jaga nyawa patients. Haihhh.

Esok aku bakal berkhidmat di wad medical lelaki. Dahlia 1 HSA. Bersedia utk menggunakan tulang 4 kerat, bersedia utk kena marah ngan staff nurse senior, bersedia dengan perangai patients yg menguji iman, bersedia utk berlapar, dahaga. Bersedia segala2. Aku dah byk kali masuk ward tu. Sem 1, sem 2, Sem 5 dua kali masuk (masa practical dan masa management). Seriously ward tu busy. Ada masa tak busy, tapi kalau busy, sangat penat, nak minum air pun tak sempat. Masa management haritu lagi lah. Azab gila time aku.

Dah lama enjoy kat wad paeds ni, so esok jangan harap la nak enjoy2, nak rilex2 wat keje. Semua kena cepat. Kalau kat wad paeds ni orang tak nampak sgt student wat kerja sebab asik cek vital sign. So dah masuk medical, terbungkang la wat kerja dengan vital sign, suction, neb, feeding,dressing, cuci BO, bagi ubat, inject ubat...bla bla bla..

Nervous jugak aku ni, dah lama duk rilex kat ward yg tenang malahan HSI, ni nak kena masuk wad medical semula. Tambahan dah sem akhir. Mesti doctor and staff nurses dah expect kitorang ni tau semua.  Nasibla esok shift petang. Takdela busy sangat (kott). Hahahaha.

Haihh aku ni belum apa2 dah menggelabah. Ce la lek sikit. Cool sikit. Hahaha. By the way aku memang cool sebelum ni. Masa aku shinigami dulu aku seorang yg sangat cool. Tapi semenjak part time jadi student medical ni, aku tak berapa nak cool. Sebab aku dah tak dapat berdamping dengan zanpakutou 24 jam, aku tak dapat tunjuk Bankai dan Shikai aku yg cantik berais , aku tak dapat tikam hantu, aku tak dapat terbang loncat2 atas bumbung dah, aku tak dapat guna bakudo dan hado sewenang2nya depan manusia biasa, aku tak dapat kebebasan. Hmm. Tapi still aku ni shinigami. Jadi medical team ni cuma part time je.
Ni masa aku baru belajar guna Hado

Ni masa aku tengah training.


Ni aku tengah buat2 cool posing dengan Bankai aku. Hensem tak? Hihi. Sejuk kot masa ni sebab bankai aku ni ais. Tapi tahan je sebab nak selfie punya pasal. Hiiiii =P



Friday, August 15, 2014

Im Not A Ninja

Holla guys. Im just hoping someone will miss me. But theres no one. Sobsobsobs. Okay stop being like a lil bitch!

Tadi rasa cam drama korea sangat bila masuk ward dalam keadaan basah2 sikit. Feeling seksi ja rasa. Tau je la baju nurse ni kalau basah, memang seksi. Haha. Sebabnya hujan bermaharajalela harini.

Masuk ward ambik report semua, dan aku pelik dengan segelintir member sekerja aku yg jenis duk melopong tak ambik report. What the heck? Aku dari sem 1 memang wajib akan amek report. Penting kot, nak tau patients kita tu cemana conditions, apa treatments, apa yg dah, apa yg belum, apa yg in progress. Lantak ah dorang. Masing2 dah superduper senior,pandai la pikir sendiri.

Pas amek report, 2.30pm aku dah tergesa2 amek vital sign. Mang kat situ kena buat cepat sebab patients ramai, mesin tak cukup. Kena sharing2. So kne wat awal. Cam biasa, bukan main susah nak handle bebudak ni. Tengah cek vital sign masa tu jugakla doctor order suh cek SPO2(oxygen dlm darah), nebulizer stat (segera) la, repeat blood pressure la. Dalam kekalutan tu pulak ada pulak member yg nak rebut mesin dynamap tu. Arghhhh. Aku pulak yg tachypnea masa tu. Pastu lepas settle vital sign, ada HO (housement a.k.a doktor yg level biasa2) yg baru 2 hari lepas bertugas kat ward tu mintak suh aku walau macammana struggle skalipun budak tu, kena pasang jugak neb and nasal prong. Bergelut aku dengan doktor  tu bedung budak yg menggepor cam kena histeria nak pasang neb kat dy. Dalam pergelutan yg memakan masa dan menghabiskan 10% chakra aku tu, tetiba pulak branula budak tu tercabut. Memancut habis darah dy. Aku cuba menghentikan pendarahan tersebut menggunakan jutsu medis, namun gagal setelah aku tersedar yg aku ni bukan ninja perbutaan perubatan. Dah setengah jam bergelut baru budak tu tenang. Sakit pinggang aku ni. Argh.

Pastu tetiba budak tu jadi mesra pulak, ramah gila, byk cakap even bahasa alien je yg dy bualkan sebab baru 3 tahun. Aku ngan doktor tu pun terkejut sebab tadi cam histeria gila. Tetiba mendadak jd okay. Aku terpaksa jadi baby sitter dy sebab bonda beliau dari pagi takda. Penat kot nak layan dy. Dengan kerja aku yg banyak lagi tak siap, nak key in data lagi. Transfer patient lagi. Doktor HO tu pn sama cm aku. Banyak kerja dy x siap sebab budak tu. Kitorang sama2 jaga budak tu. Chakra aku dah tinggal 80% sepanjang jaga budak tu.

Pastu tetiba pulak ada dua orang admission serentak. Sorang kat cubicle aku, memang patient aku lah. Dan patient tu rupanya adik kepada budak yg aku jaga tadi. Patut ah mak dy takda. Rupanya adik dy pun admit ward. Ha, elok sangat ah katil sebelah2 je ngan adik dy. Pastu aku terpaksa settlekan patients yg admit tu. Sorang lagi kat cubicle lain, tapi biasala bila dapat geng yg asik hilang je, aku jugak kena cover cubicle dorang. Tengah nak cek vital sign tu, patient tu meronta gila2. Sampai tercabut branula dy. Maka lagi sekali berlaku perpancutan darah berlaku. Dah dua patients yg aku handle tercabut branula hari ni. Shimatta!!!
Parents dy pun satu, takleh ke pegang anak tu elok2? Nak je aku bagi getsuga tenshou kat dorang. Pastu dah siap, kena pulak up drip utk patient yg juga bukan cubicle aku. Dengan sehelai kertas observation, 3 botol spesimen, satu botol drip HSD5%, satu drip chamber aku ke hulu ke hilir terkejar2. Argh. Aku bukan ninja utk diperlakukan sebegitu. Ke mana menghilangnya kawan2 aku yg incharge cubicle masing2? Ke mana? Kenapa asik aku yg kena cover patients orang lain even kerja kat tempat aku pun masih terbengkalai?? Mengapakah? Mengapakah? *mungkin aku perlu mengikuti kursus ninja dan minum tongkat ali utk stamina yg kuat dan tangkas di dalam ward*

Pastu dah settle suma, aku yg berbekalkan chakra sebanyak 55%, terus ke serbaneka beli sebotol mineral dan sekotak susu choklat dutchlady. Aku cepat2 naik ke rooftop hospital tu. Memang tempat biasa aku lepak dari sem 2 lagi kat situ. Kat atas tu aku rasa lega sangat. Dengan angin yg kuat, sejuk. Pemandangan yg luas. Lega dari keserabutan ward tu . Tengah togok air utk memulihkan chakra aku yg kian terbuang, tetiba rasa cam sayu pilu je. Tetiba jadi such a little bitch. Argh. Nasib tak menangis aku kat atas tu.


Kadang2 aku terpikir, mungkin dari sem 1 aku dapat geng2 yg camni, mungkin sebab ujian utk aku. Sebab aku sangat tak rela masuk jadi nurse ni. Mungkin hikmahnya, aku akan jadi lebih pandai bila banyak buat kerja orang lain. Mungkin la kot. Dan mungkin aku yg bebal lembab lagi bodoh ni akan lebih cekap buat kerja denga adanya geng yg suka tinggal kerja terbengkalai. Ataupun, secara ketara sekali, mungkin aku ni bangang dan malang.

Tak kesahla. Memang kegampangan selalu berlaku kat aku ni. Bijak atau bangang je jadi perbezaan cara aku handle semua ni. Tapi ternyata kebanyakannya aku handle secara bangang. Hahahaha. By the way, aku ni shinigami, tapi dalam ward, semua orang asik salah sangka aku ni ninja. Boleh buat semua kerja dlm masa yg singkat dan boleh terima multitask secara berjuta2. Aku shinigami lah!! Kerja aku libas2 orang yg tak menghargai nyawa guna zanpakutou aku! Tolong faham!!

Yang atas tu aku, yg gambar bawah tu bukan! Aku shinigami! Bukan ninja!!! 





Thursday, August 14, 2014

Im Not A Man Enough

Hey guys. Hari ni sebenarnya aku sentiasa dlm mode supersaiya ke-2 masa dlm ward td. Malas ah cerita. Asik cerita marah mesti korang pikir aku ni ada masalah mental. (Walaupun mmg betol aku ni gila).

Tadi awal2 sampai, amek report. Dah siap tu, aku cek la patients aku suma, iv drip ok ke tak, branula ada tarikh ke tak, nama patients kat segala2 kertas. Patients cubicle aku 4 orang je. Tapi biasala jaga budak2, sorag cam sepuluh orang. Dgn berteriak, menangis.Pastu wat vital sign. Aku belum sempat solat dzuhur lagi. Masa aku wat tu dlm 3.45pm. Tengah wat vital sign sorang2, ada admission la, ada transfer in, transfer out. Terkejar2 aku. Bayangkan la nak wat vital sign kat budak2 bukan senang, dgn menangis, meronta2, lagi lah lambat, sebab mesin takleh read and detect vital sign dorang. Stress tau dop?! Lepas siap tu aku ingat nk g solat dzuhur. Astaghfirullah. Dah pukul 5pm. Aku prgi solat asar. Betapa masa tu begitu berharga.

Pas siap solat asar, aku gi makan kat pantry. Lega dapat duduk kejap. Pastu wat tu wat ni, dah 6.30pm. Aku pun wat vital sign kat kubikal aku. Memang gila awal ah kan, yelah. Mana sempat kalau wat lambat. Mesin ada satu, patients ada 40++. Bebudak pulak tu. Lagi ah berjam2 nak siap. Kalau ak boleh detect vital sign dorang guna tangan cam Kabuto, dah lama aku buat.

Pastu tolong cover kubikal geng aku yg lain sampai aku terlepas solat maghrib pulak. Ergh. Tension betol aku. (Hampir keluar six pack dah masa tu). Penat ah, ke hulu ke hilir aku kena arah dengan nurse, ngan JM. Aku dah rasa cam aku ni jenis suka mengungkit dah. Astaghfirullah. Teruk betul!

Balik2 bilik, baru nak mandi, tetiba ada rokol pulak. Syait** betol! Bukan cakap ape pun. Dah setengah jam lebih duk situ, masuk hostel balik. Tak paham ke orang penat balik kerja? Ada jugak aku bagi Rasengan kang. Huh!

Kalaula aku ni keturunan Saiyan, aku dah jadi supersaiya keempat dah
Kalau aku ni shinigami, aku dah cabut nyawa sekor2
Kalau aku ni samurai, aku ni dah slash dorang cam main fruit ninja
Kalaula aku ni ninja, aku dah buat harem no jutsu utk kepuasan aku sendiri
Kalaula aku ni ahli magic, ada dah wat magic dorang semua jadi ayam goreng, boleh aku telan, jadi punching bag, boleh aku tumbuk, jadi perempuan seksi, boleh aku....errrmm. Haha

Okla, merapu lebih2 pun takda makna. Ni cara aku nak hilang serabut. My blog, my diaries, my stories, my tempat mengadu. Hukhuk.
Takda orang pun sudi dengor masalah2 bengong aku ni. Hahahaha. Ok ah. Chau~

Wednesday, August 13, 2014

Hari Cutiku

Supp guyssssss. Hari ni hari cuti guwa. Hajatnya nak settle apa2 hal yg tak pernah tersettle disebabkan busy bekerja. Tapi...hampehh. Wahahaha.

Aku tidur pukul 4am lepas melayan perasaan mlm tadi. Penuh dengan emosi dan fantasi. Bangun subuh pukul 6am. Ingat nak mandi, tapi disebabkan mata aku mcm diluah mati bapak ditelan mati mak, aku dengan terabun rabun ambik wuduk ja. Pastu aku rembas badan aku atas katil. Sempat main COC dlm setengah jam. Tapi ba alif ba waw bun betul, aku kalah teruk. Habis trophies aku. Jilaka!

Lepas puas bersetubuh dengan bantal2 aku, aku bangun dlm keadaan tuuuttt(censored). Tengok baru pukul 9.30am. Pebarang bangun awal kan. So aku pejam mata aku kuat2 sampaila pukul 12 setengah lebih baru bangun. Barulah nk gelabah basuh baju,uniform segala benda, kemas2 sikit( walaupun macam tak berubah).

Harini dari pagi sampaila mlm ni, aku layan lagu2 sayu ja. Haha. Layan perasaan sorang2. Antara lagu yg paling banyak kali play, lagu The Only Exception, Fall To Pieces, Jesus of Suburbia, About To Break, Face Down, Hell Song, My Happy Ending.

Hajat nak buat assigment bingai dari sorang MA kat ward paeds tu memandangkan bisuk group aku yg harus present. Tapi tak siap2 lagi. Sebabnya aku memang menikmati cuti aku ni dgn beristirehat dan berhibernasi.

Okayla, aku tak tahu dah nak cerita apa sebenarnya.

Ni geng masa aku amek UPSR dulu. Aku yg paling pendek tu. Masa ni x reti sgt tight in baju. Nak button pun x reti. Zaman xda bulu lg boleh la kan dedah2 ni. Will miss my geng :')





Tuesday, August 12, 2014

Because Im A Loner

What up guys. Have no idea what to write about.
But still i want to write something bcoz  im too bored to do anything else. Wasting times? Hihihii. I dont care. Im just tired and need to talking craps, ruin human mood, losing myself, lose control, speak out what are inside of my head, expressing what i dont supposed to, . well umm. Just spit whats inside my head out.

Sometimes i wanna laugh out loud with someone
Sometimes i wanna cry out loud to someone
Sometimes im hardcore
Sometimes im bleeding
Sometimes im crazy
Sometimes i lost myself
Sometimes i found my self
Sometimes im resistant
Sometimes im giving up
Sometimes im rock
Sometimes im soft
Sometimes im hurt
Sometimes someone fix me
Sometimes i need someone
Sometimes i dont need anyone
Sometimes i need my own space

Sometimes i feel im so useless
Sometimes i feel im useful
Sometimes i need to be alone
Sometimes still, i wanna be alone


So sentimental today right? Who cares? Isnt it?
Strumming my guitar and singing whatsoever lyrics. Inside, im dying. Why so emo? Because im not a happy go lucky type of guy. Im different maybe.

Do you enjoy yourself? Do you? Duhhh. I dunno what im crapping about. Just like butt crack. Uhhh.



Monday, August 11, 2014

Im Too Ugly To Be A Mad Man

Wadap bin wasap guys. Long time no see huh? Cekit cekit cekidaut. Sesapa yg baca blog ni dilarang pakai spender okay. Dikhuatiri basah sebab... Urmmm.urmmmm. Bha, teda apa2.

Hari ke-9 di ward paeds HSI. Hari ni kne bebel ngan CI sebab nebulizer. Argh serabut. Dy marah sbb guna satu syringe utk syringe out normal saline dengan salbutamol. Padahal selama ni memang camtu la kitorang buat. Staff nurse yg ajor camtu. Memangla kalau CI nak banding dgn exam OSCE memang ah salah. Tapi busy kot. Patients berapa ramai ada neb. Nak asing2 syringe mang lembab ah. Mula2 dy marah budak len, last2 aku pun kena sebab dy perhati aku masa aku buat tu. Serabut aku. CI ni kadang2 tak meletakkan situasi dy dalam situasi kitorang. Bukannya kitorang tak tahu yg mana salah yg mana betul. Tapi kadang2 situasi menghimpit menjerut seperti jerat percintaan. Sabo jelah. Urgh. Memandangkan dy CI, kena hormat walaupun muka aku tertarik mengikut gravity masa dy marah tu.

Pastu tadi ada sorang pompuan, umur 20. Muda dari aku kay. Aku ingatkan kakak kepada patient umur 13 minggu tu. Rupanya mak patient. Tersedak aku jap. Borak ngan dy pasal dy nak jadi nurse tapi tak dapat. Aku pun cakap ah, ramai yg mohon n minat nurse tapi tak dapat. Yang gila barbie taknak jadi mintak simpang jadi nurse ni, dapat pulak. Mang camtula. Kebanyakan yg jadi nurse n student nurse ni bukan betul nak pun. Bukan mohon pun. Tapi dah rezeki, nak wat camne ( dalam hati masih meronta2 tak nak).

Hmm. Tau tak, sepanjang kebelakangan ni, ramai bebudak ni yg mengadu, kenapa aku ni asik marah2 buat kerja. Asik mengamuk, stress. Aku pun tak perasan. Tapi yela, kadang2 hangin jugak bila kerja2 dorang, dorang tak buat lengkap, takda tanggungjawab. Buat terbengkalai, pastu apa2 hal, orang lain yg kena marah. Memangla aku berapi kadang2. Kalau sekali sekala tu takpela. Tapi kalau tiap kali, orang lain tolong cover kerja kau, cemana tu? Orang len pun ada kerja jugak. Nak ada masa rehat jugak. Tapi yela. Aku ni selalu sangat take something seriously. Entah. Mungkin semenjak dah jadi superduper senior ni, rasa cam tanggungjawab tu perlu. Pppuihhh. Yelah tu. Kadang aku pun segan bila semua orang dah cop aku ni asik baran je kerja. Asik jadi supersaiya je. Padahal aku ni dalam keturunan shinigami. Orang cakap, orang yg asik marah ni, kurang kasih sayang. Aku rasa betul ah tu. Hmm. Hahahaha.

Okayla. Nak release stress dengan ber-COC. Bergitaring dan ber-anime. Okay bye.

Henseng tak aku? Ni masa aku cuti midsem 2 tahun lepas. Kurus lagi masa ni. Aku bercuti kat Tokyo masa ni. Skang still single. Sape nak kat aku cakap je kay. 

Thursday, August 7, 2014

Bajet Penat Sangat Je

Sup guys. Today is the fifth day practical in paediatrics ward. 7 days to go.

Awal pagi lagi aku dah kena marah dengan matron (ketua penyelia jururawat). Aku pergi ward sebelah pinjam blanket memandangkan ward aku tu dh habis segala linen. Terserempak dgn matron. Dy duk marah sebab rambut aku spike. Dah jadi kakitangan kerajaan mane leh rambut berstyle2. Kena jadi skema macam rambut Rock Lee kalau boleh. Ugh!

Dekat ward pulak ada sorang geng aku datang kerja lewat. Disebabkan aku ketua minggu ni, segala benda aku yg kena marah. Orang yg buat salah x kena marah pulak. Sheyt! Dorang tak ikut doctor round, tinggal kubikel camtu je, semua aku yg kena. Dah 5 hari, 5 harilah aku yg terima segala komplain bebelan dari CI dan Sister ward disebabkan kesalahan orang lain (hembus hingus)

Pastu kitorang ada assigment utk presentation dlm ward. MA ward tu suh present. Aku dh inform budak shift petang. Tapi budak shift petang semua cakap tatau. Aku lagi yg kena marah. Semua aku (sedut balik hingus). Pastu tadi ada sorang matron(CI aku jugak), 2 orang CI, dan sorang sister( CI ward aku). Dorang berkumpul duk marah aku sorang. Biasala kalau dh reramai geng CI berkumpul,mmg macam2 ah dorang tokok tambah kasi aku berlubang habis kena tembak. Pasal rambut lah, pasal assigment ward lah, pasal budak tak datang kerja,budak pergi merayau luar ward, budak datang lambat, pembahagian kerja, semua dorang komplain. Argh seteres betol aku. Dahla memang penat + tension. Dorang pulak membahan aku. Bila aku nak explain semua taknak dengar (telan hingus dalam2)

So harini aku jadi cam sister pulak, duk meronda dalam ward seharian sambil marah budak2 ni kalau rehat ramai2, tak jaga kubikal masing2. Sampai ada satu tahap aku duk meroyan marah2 budak2 ni dalam ward. Yelah, aku penat kot asik aku kena marah sebab dorang punya hal. Memang tension gila. Aku tau ramai yg menyampah dgn aku hari ni dan minggu ni. Sebab jadi ketua yg hampeh, pastu jd cm sister, duk marah orang.

Ntah kenapa kitorang ni asik jonah ( malang) je, setiap ward yg geng kitorang masuk mesti jadi busy. Sister ward sendiri cakap camtu. Hahahaha. Nak wat camne. Qada dan qadar. Haha. Serius, sepanjang kitorang masuk,memang penuh gila patients. Melimpah2. Sampai semua kubikal ada 2-3 extension bed (katil tambahan). Pastu penuh terpaksa letak kat ruang menunggu, dan sampaila tumpang ke ward lain. Sepanjang kitorang kerja kat situ kay. Nampak tak jonah nya? Mesin dynamap nak cek vital sign ada satu je. Bayangkan bila nak siap? Dahla ward paeds ni susah. Budak2 saiz cuff lain2. Kena tukar2 cuff. Satu kubikal paling kejap pun setengah jam nk siapkan vital sign. Disebabkan aku terlalu busy menjadi 'sister' hari ni(sebenarnya hari2, sebab terpaksa), banyak kerja aku tak sempat2 nak siap. Vital sign tempat aku pun dah pukul 1pm lebih tak buat2 lagi. Sn dgn JM dah bising2. Sarutobi betul kepala aku ni. Memang saru haru biru haruka kanata rasa. Akhirnya aku wat kerja jahat. Aku wat cartalogi. Aku buat sendiri je vital sign kubikal aku. Xpela, patient tempat aku 4 orang je. Semua yg xda teruk sangat. Paling teruk pun dengue fever je. Tu pun TRO. Pukul 1.30pm baru aku dapat rehat. Dh hypo, nak mati gila dah. Dah nak habis shift baru makan. Orang len semua dah setahun yg lalu makan. Yela, masa dorang rehat dan takda, aku kena cover kubikal2 dorang. Dengan admission non stop lagi. Penat gila rasa.

Hari ni puaka betul aku terlupa bawak earfon. So masa pergi dan balik kerja, telinga aku terpaksa la mendengar bunyi ngauman bas dan kenderaan2 sekeliling yg hambar gila. Tak pernah aku naik bas tak pakai earfon. Ni ibarat first time. Tadi aku cuba bertahan dalam bas supaya sentiasa tersedar. Last2 pengsan jugak. Tak tau bila aku KO. Sedar2 kawan aku kejut dah sampai hostel. Terus berjalan sepantas mungkin masuk bilik mandi solat, dan cubs utk tiduu. Yang bengangnya, badan macam nak mampus penat, tapi sebab tension, aku tak dapat nak tido. Aku main COC game jap pastu kul 4pm lebih baru tido. Sedar2 kul 5.50pm. Pergh. Nak dekat 2 jam aku tidur. Teruk teruk!

Sebenarnya stress, tapi aku terpaksa buat2 lawak n gembira sikit sebab kalau asik emo je bahaya utk mental aku yg dh memang problem ni. Kalaula orang2 sekeliling faham..hmm. Dahla aku ni tengah dilanda macam2 masalah luaran yang lain lagi. Huuu. Sedihnya. Takda ke orang yg nak hiburkan aku ke, pujuk aku ke? Aku ni asik sorang2 je. Forever alone betul. Yelah nanti dah mati pun sorang2. Tapi kadang2 aku pun bosan asik sorang je. Kawan pun tak berapa nak ada. Sobsobsobs (picit konek sendiri sebab tak malu menagih simpati)

Esok last shift pagi pastu HK (hari kelepasan/cuti) aku hari Sabtu. Arhh cepatlah hari Sabtu. Aku dah lemau gila straight am shift + jadi ketua. Walaupun dah berjuta kali jadi ketua lam ward tetap stress lagi. Penat. Hahahahahaha. Tu jelah luahan hati yg meraban tak berkesudahan. Sayonnaraaa minna san ~~~




Tuesday, August 5, 2014

Harap Esok Lebih Baik Dari Harini Kerana Aku Seorang Yang Lembik

Hi guys. Hari ni kurang okay. Penat serabut tension geram ada semuanya.

Harini masih shift pagi. Ramai geng aku yg dah lemau kena shift pagi direct. Aku pun sama. Tapi nak buat cemana kan, dah ni rezeki aku. Nak tak nak, kuat tak kuat, sakit tak sakit, kena paksa jugak berkhidmat demi masyarakat (ayat kenot go gila)

Harini jaga cubicle AGE (acute gastroentritis). Ada 5 orang patients termasuk extension. . Patients ISO pun aku jaga. Hishh. Dari sem 1 hidup aku camni kalau dapat manusia pemalas Nak handle 5 patients sorang2 bukan mudah. Tambah pula budak kecik.Menangislah, nak balik lah apelah. Ergh. Staff nurse kat situ buat report je. Semua kerja IV Drip, Vital signs, ubat, neb semua student yg buat. Dahla aku cover patient geng lain jugak. Mesin dynamap ada satu ja. Patients ada 49 orang, sampai terpaksa tumpang kat ward lain 9 orang. Bayangkan la kerja cemana. Semua kena cepat siapkan. Nebulizer ada 20patients ++. Ada hourly, 2 hourly, 4 hourly, BD. Argh. Serabut. Aku pulak ketua, kena agih2 kan kerja dorang. Kena marah la apela. Pastu bebudak ni plak suka hilang camtu jak, sampai aku kekadang terpaksa cover cubicle diurang walaupun cubicle aku sendiri tak siap lagi. Belum masuk kena marah dgn sn n sister sebab dorang. Geram bha aku!

Tadi pas siap semua kerja, aku pigi la rehat. Tinggal utk close i/o ja. Tapi naik2 tetiba sister CI marah2 bilang kenapa semua turun. Kenapa tinggal 2 orang ja student kat ward. Padahal durang dh rehat dulu. Kitorang rehat 2nd. Kitorang rehat lepas dorang masuk ward. Ada sn yg mengadu kat sister wad dan CI. Pergh bengang rasa. Dahla aku ketua utk minggu ni. Semua aku yg kena marah. Manala tau dorang tetiba hilang ke mana. Silaka betul.

Lagipun kitorang dah siapkan semua sebelum turun rehat. Dah wat semua, siap cover utk cubicle dorang yg hilang tah kemana lagi.
sorang anu tu aku nda tau kemana dy tapuk. silaka! palui betul.
kamurang bayangkan la, aku dh tulung durang cover semua. Alih2 kna marah jua itu aku. Fuq!

Malang betul arini. Penat juga arini. Argh. Rasa mau jadi supersaiya pastu letopkan bumi ni!!
Orang kat luar takkan pernah paham penatnya kerja jadi medical staff ni. Tension, xda life, penat. Tapi terpaksa juga hipokrit senyum kat orang sekeliling. Buat2 happy. Tadi lam bas tak sedar apa. Bangun2 dah sampai hostel. Balik mandi solat tido terus. Nak dekat pukul 6pm aku bangun. 2 jam tidur petang. Teruk betul kan aku ni?? Ish3.

Mood tak berapa setabil hari ni sebab penat dan stress. Roomate aku pun balik kerja tadi aku tengok dy kepenatan. Dy lagilah, jaga 24 orang patients sorang2. Mau tak terkangkang. Aku yg jaga 12-15 patients pun dah nak mati sem lepas lepas. Esok pulak dy shift pagi lagi ah penat. Baru balik kerja, tido, bukak mata dah g kerja balik. Xde life. Hoho. Tapi aku tatau dy ward apa.

Sunday, August 3, 2014

Ward Paeds? Kelemahan aku terserlah

Assalam. Hey geng. Aku tak update pun kan pasal masa cuti raya aritu (bajet mcm ada org baca blog aku je kan).

Raya haritu bestla. Aku masih rasa feel raya. Memang puas. Dapat pulak cuti agak lama kan. Biasa raya ketiga dah kena balik kolej. Ni raya kelima baru balik kolej. Best ah. Asik berjalan umah sedara. Busy jugak. Sampai tak sempat g beraya rumah member, even member duk depan rumah je. Sebab asik keluar g rumah sedara. Malam baru balik. Malam penatla nk g berjalan pulak kan? Yang best bila berkumpul reramai. Pastu aku rasa cam lagi dewasa ni lagi banyak pulak duit raya aku dapat. Nak dekat RM200. Bagi aku banyak ah tu. Bagi korang mesti alahai, nak beli kasut converse pun tak lepas setakat banyak tu (masih terkilan T_T)

Hari ni first day kat ward paediatric (kanak2) 8D Hospital Sultan Ismail JB. Argh. Aku kurang selesa sebenarnya ward paeds. Sebab bebudak asik nak meraung menangis. Nak cek vital sign pun sampai berapa jam tah. Tapi kalau dapat bebudak yg cute, gebu,montel memang aku picit2 pipi, cium sedut sampai masuk pipi dorang lam lubang hidung aku. Haha.
Kalau bebudak yg tak berapa nak kiut tapi asik merengek tu yg aku tak tahan. Terpaksa hipokrit umpan ngan mainan la, wat muka buruk (yg dh sememangnya aku memang buruk pun), wat2 mesra dengan mak ayah dorang (even dalam hati menggelepor nak siapkan kerja nak balik)
Teruk kan aku?? Takde jiwa kebapaan langsung. Haha

Tadi kena hantar patient kat klinik ENT. Cam bangang aku merayau bersama patient tu cari klinik. Yela, last kerja kt HSI dua sem lepas. Lagipun aku tak pernah pergi klinik situ. Mana aku ingat bha. Last, tanya guard kt situ. Tunggu patient aku kat situ nak dekat sejam. Aku sahla tak cukup tidur malam tadi. Mengantuk gila. Aku rasa lebih 5 kali aku tersengguk dan terlena kat tempat menunggu tu. Dahla ramai gila manusia kat situ. Bila aku terjaga,ramai yg tinguk2 aku. Malu gila rasa. Entah cemane leh tertidur pun tak tahu. Haihhh. Teruk betol.

Okla. Tu ja luahan ni hari. Babaaaii~~

Saturday, August 2, 2014

Hari Terakhir di Emergency Department, HSAJB

Wachup guys. Harini aku dh kembali bekerja setelah bercuti raya. Hari terakhir di Accident and Emergency Department, Hospital Sultanah Aminah, JB.

Harini ramai yg buat jadual sendiri, sesuka hati turun shift petang, sesuka hati naik shift pagi. Haihh. Nasibla CI tak tahu.

Harini utk kali pertama aku jaga bahagian OR (observation). Tempat ni kira utk monitor patient jela. Patient dari green zone ke, red zone ke, yellow ke, akan ditempatkan kat sini utk pemerhatian. Samaada akan dimasukkan ke dalam ward ataupun terus boleh balik. Bosan jaga sini. Asik check vital sign, up iv drip, monitor glucose. Memang tak best. Dahla harini pun takde peristiwa best berlaku pun. Hambar betul. Dahla hari last keje kat sini, dapat pulak hari yg hambar. Sedih n kecewa rasa. Selama ni punya la aku bergembira keje kat situ. Huhu.

Tapi hari ni, ramai pulak masuk OR. Staff nurse pun tension. Sampai aku pun kena tulis report tau. Takpela, at least ad jugak menda yg aku tolong kan. Dari duk memburukkan muka kat situ lelama.

Hari ni dapat full cross. Lengkap dah semua. Yeayy. Cross dah habis. Mmg enjoy lah. Baru first week tp cross dah lengkap. Ada lg 2 bulan praktikal. Tapi tadi memang menggelepor cari plastik nak balut buku cross aku. Sbb klu x balut, MA tu takkan cop buku cross aku. Pastu gambar pulak tak tampal lagi. Dengan takdir tuhan, ada member aku yg pegang gambar aku. Dari sem 1 dy pegang gambar tu. Serius memang keajaiban rasa. Haha. Pastu tah plastik mane bbudak ni kebas, kitorang balut buku cross guna plastik biasa je. Plastik yg dh renyuk2. Bukan plastik sampul buku. Hahaha.

Okla, ni baru balik. Baru sampai bilik. Esok shift pagi pulak. Demit betol. Tak suka dari shift petang pastu esok shift pagi. Penat kot. Baru balik keje dah kena bangun kul 5am bersiap g kerja. Ergh.

Esok kerja kat Ward 8B Paediatrics, Hospital Sultan Ismail. Fuhh. Last keje kat HSI masa sem 4 dulu. Akhirnya final sem ni aku berjumpa balik hospital tu. Esok berserabutla rawat kanak2! I hate paediatrics ward. Rimas. Haha.

Okla. Babai

Jap sebelum tu, aku nk bitau. Selama hampir 3 tahun bekerja sebagai student medical ni, sinilah paling best aku rasa. Paling enjoy sekali. Seronok. Staff dy best. Kengkawan pun best. Seronokla. Sangat best. Adatla kengkadang ad hari yg malang, ada hari kena tengking, ada hari rasa mcm nak jadi supersaiya ke 5. Tapi tetao best gila. Aku enjoy.

Okla, babai utk kali kedua.