Tuesday, September 9, 2014

Operation Theater - Day 3. HSI

Hey guys. Its a been a while right? I wasted my weeks with tears and depression with lots fake smiles and laughs.

Banyak betul ujian baru baru ni. Aku cuma mampu menangis menangis menangis dan mendepresskan diri sorang2. Dapat cuti 5 hari aritu, aku balik rumah. Hilang sikit stress jumpa family even problem2 aku masih menggunung. Tapi berjaya jugakla aku bertopeng dgn muka hepi. Huahuisufi..

Balik sini pulak, ada pulak problem yg agak remeh terjadi. Sd card corrupted. Damn cold night betul. Habis gambar aku yg beribu2 riban, lagu2 beratus2 lagu faveret sume lost and gone and lenyap!! Aku cuba utk pasrah. Cehh. Haktuih, apehal ayat aku dari tadi skema amat ni? Hohoho.

By the way, minggu ni kerja kat OT (operational theater @ dewan bedah). Hari 1st aku jaga kat recovery. Sini kira tempat patients yg baru lepas operation la. Kena monitor, jaga dorang selama lebih kurang 30-60minit situ. Kalau okay , terus hantar ward. Hari ke-2 aku jaga bahagian Ortho. Operation bahagian tulang temulang. Dan hari ni aku jaga bahagian emergency operation. Macam2 dapat tengok. Doktor, surgeon, specialist melapah2 daging manusia tanpa belas kasihan. Potong tulang, pahat tulang, gerudi, siat perut, potong kaki, gunting sana, siat sini. Dah macam Jigsaw dorang ni.

Setakat ni, aku baru dapat tengok pembedahan excision, debridement, TAHBSO(buang rahim), buang cyst (ketumbuhan dlm rahim), hernioplasty, circumcision, hysterectomy, amputation (potong kaki), dan sebagainya. Haha. Malas nak tulis.

Aku suka tengok kerja scrub nurse kat situ. Laju, pick up, cekap, cool. Rasa lagi cool dari surgeon yg busy melapah daging perut patients. Dan membuatkan aku cuak gila kalau kalau satu hari nanti aku dah kerja aku kena campak kat unit operation. Memang mampus nak kena hafal berpuluh2 forceps, tools, arghh. Kalau yg senior pulak nak garang2 dgn junior. Kena laju. Aku ni dahla betap, pekak. Nanti doktor mintak len, aku bagi len, x ke doktor bagi kaki kat muka aku?? Jadi scrub nurse kena jadi cam TenTen. Tahu segala barang, laju, common sense kena tiptop, kena tau apa yg doktor perlu buat, kena sedia sume, kena laju, ingat segala barang, dan xboleh pekak. Doktor mintak sekali, terus dah ada kt tgn doktor, atau sebelum dorg mintak kita dah sedia. So, high common sense needed here!!

Situ ada 2-4 nurse diperlukan. Scrub nurse, circulation nurse, general anaesthetic nurse. Scrub nurse ni kena sterile (bersih dari segala microbs @ suci bak bidadari). Tugas dy, bantu doktor dan surgeon dlm pembedahan, hulur barang2, kira barang, prepare barang. Circulation nurse pulak kena prepare troli utk barang, prepare segala barang utk scrub nurse, cek barang, cek patients, documentation. GA nurse (anaest nurse) pulak bantu doktor dlm memengsankan patients, atau utk beri patients jadi kebas sebelum pembedahan. So semua nurse kat OT ni memang hebatla. Dorang ada speciality dorang. Setiap unit ada kelebihan, ada kekurangan. (Tp still manusia2 kat luar sana ingat nurse ni wat keje cuci berak kencing je). Padahal tu kerja sampingan je. Byk lagi kerja nurse yg dorang x nampak dan tak tahu. Kuso!!

Esok jadual aku, aku kena jaga bahagian recovery lagi. Damn! Malas betul aku jaga kat situ. Bosan. Membangau je.

Okla. Dah takda mende nak citer. Entry hari ni agak skema dan formal. Hahaha. Sebab sense of humour aku agak kurang beberapa hari ni. Biasa ar. Bila mood tgh trouble ni, nak jadi kelakar pun x kelakar.

And get stressed, get controlled, ....





No comments:

Post a Comment