Monday, December 30, 2013

Cuti Final Sem 4 Dah Habis

Sedar x sedar, dah nak habis cuti. Nak kena balik penjara kempas. Sedihnya. Xpuas lagi hidup sebagai manusia normal. X puas lagi nak menggila2,terencat, jadi bangang x tentu hala. Kat penjara kempas mana boleh aku jadi gila2 mcm tu. Hidup serius 99% kat sana. Dahla dapat cuti final 2 minggu lebih je,xsampai sebulan pun. X macam IPT lain. Pastu tgh cuti pun kena kerja kat tempat masing-2. Kerja kat klinik tu memang buang masa je and sangat membosankan aku rasa. Tapi best sebab staff-2 kat situ suma sporting dan sangat baik la. Sister pun okayla. Aku dah xtau nak bebel apa kat sini. chiao ~

Friday, December 6, 2013

Pertama Kali Buat CPR kat Patient Yang Real

Assalamualaikum bebeh. Hoho. Harini hujan yg lebat. Ingatkan bas xberhenti la kat masjid tadi sebab hujan. Tapi berenti jgk. Meredah hujan. Memang basah la baju tadi sebelum naik ward.

Lepas naik ward aku melantak dulu. Sebab dari pagi xmakan apa-2. Tengah makan sorang2 tetiba sister ward masuk. Nasib sister okay. Xmarah pun. So kitorg makan sambil borak2. Untuk elak suasana krikk krikk aku jela yg byk tanya. Sampai tnya soklan bodoh. Aku tanya, sister beli nasi ni kt bawah ke? Padahal dh mmg kt bawah tu la satu2 nya cafe. Haha. Tolol aku ni. Sebab dh krikk krikk n awkward sgt dh kat situ. Lepas lunch ngn sister, aku terus tolong staff nurse bagi ubat. Siap bagi ubat, launch patient2 transfer ke ward 3A.

Pastu melepak. Tetiba sn panggil aku suh hantar blood ABG, sampel darah suma kat makmal. Mcm gila bodoh bangang aku sorang2 kt makmal tu xtau nk letak mana and xtau nk buat apa. Sebab 1t time hantar spesimen darah kt makmal HSI.Sorang2 plak tu. MMg cm bangang.

Malam plak aku g melantak lagi sekali sebab malas nk makan kt hostel,sebab esok naik pagi. Hajat nk tido awal la kononnya. Balik keja terus tido. Konon.

Tetiba dlm jam 8.30pm tu, budak instedt panggil mintak tolong angkat patient. Patient collapse dlm toilet tengah berak. Terus emergency bawak patient atas katil. CPR, cardiac monitorring, bagging terus. Pergh, penat. 1st time aku CPR kt patient sendiri. Penat and lenguh gila. Memang dah jangka mesti bas dah balik tinggal kitorang sebab dah pukul 9 lebih tengah sibuk tolong doktor CPR and Bagging patient. Penat. Tapi kena puji dengan staff nurse. Kembang kuncup montot aku. Tapi cover macho je. hihiks.

Lepas patient tu dah dapat rasa pulse and boleh breathe sikit2 even masih x sedar barula doctor sambung bagging. Dah x cemas dah. Pastu sambung cemas sebab nak balik,brlari2 kitorang kejar lif. Pastu keluar pada lif kitorang n junior berlari dari lift sampai kat bas. Memang semua staff nurse yang shift malam yg baru datang suma pandang kitorang semacam je. Pergh,dapat naik bas yang kecik. Sardin gila la. Lemas aku berdiri ramai2 cmtu. Xda space pun sebijik macam naik KTM masa belajar kat kolej lama dulu

Serius penat. Kbai :-)

Thursday, December 5, 2013

Awie In The Ward? hehehe

 Hey guys. Yesterday was awesome. Who knew it'd be awesome. Sebab hari kelmarin sn kt situ suma nampak tak berapa nak mesra. Pastu ad plak staff nurse (SN) yg mengadu psal kitorang dan x suka kitorang.

Tapi semalam ok plak. Suma sn okay2 dan lawak. Kerja pun busy semalam. Banyak kerj,xdala duk melepak cam orang bodoh. Bebudak instedt pn best semalam. Haha.

Yang aku hanya fikir sekarang ni, cmne aku nak balik Kuantan. Sebab tiket takde sebab banjir. Kuantan teruk tenggelam banjir kali ni.

Semalam shift petang, hari ni pn petang. Mmg awesome la kn. Hehe. Esok pagi. Petang tu bleh pergi pasar malam insyaAllah.

Os,sebelum lupa,semalam patient ward aku tu ada muka cm awie,bukan muka je,suma la, rambut yg panjang cm rockers,jambang,saiz badan. Boleh cakap 80% tu gaya la Awie tu. hahaha.

Okayla. Tu je cerita semalam. Sebenarnya aku sedih ni.

Bye

Monday, December 2, 2013

Ward Yang Tidak Sibuk

Wassup y'all.

Harini aku syif pagi sampaila rabu ni. KHamis aku syif petang sampai ahad. Cuti aku ari sabtu. OKay dh jadual aku,tp ahad tu petang yg puaka sikit. Selalu malang dapat ahad ptg. Org ahad tu la nk cuti nk outing lama-lama.

Harini kerja kt ward medical lelaki. 7A, Hospital Sultan Ismail. Awal pagi tolong junior buat bedmaking. PAstu dah. Buat ECG. Ada 9 org patient kena buat ECG pepagi buta. Xpela dari aku kebosanan xtau nk buat apa. Student ramai gila dalam ward td. Ktorang yg KKM ada 12 org. Budak swasta ada 14 orang. Sesak dlm ward. Patient ada 22. HAha.

X busy sgt pn ward tu sebab studentd dh ramai kan. HAha. JAdi kitorg yg x berapa ada kerja ni duk berehat2 bersenang2 je.

Sunday, December 1, 2013

Last Day Kerja kat Ward 6A,HSI, Semester 4

Assalamualaikum geng. Berakhir sudah tugas aku di ward 6A,Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, harini jam 9pm td.

Memandangkan xda clinical instructor petang td so sampai2 hospital terus pergi melantak kt cafe. Pastu naik ward n bagi ubat kt patient. IV n tablets. Pastu melepak sebab dh xda kerja.

Pastu tetiba doctor ajak teman nk buat vacuum dressing. Aku pn assist la doctor tu. Best sbb duorang doctors tu sporting. Asik wt lawak je sbb dorg pn clumsy jgk wt krja. N memandangkan aku dh pernah assist doctor lain kt patient yg sama n prosedure yg sama jd ak dh tau apa yg kena buat. So td agak proaktif la sbb dh tau nk buat apa. N siap aku lg yg britau doctor2 tu apa yg kurang. (Gedik kn aku)
Then doctor tu puji, "i think the student nurses can do the vacuum dressing compare to the nurses,bcoz they always watched the doctors doing it." Mak ai, kembang kempis montot aku. HAhaha.

Pastu dh siap tu ktorang buang masa lg melepak. Pastu tetiba terpikir nk insert branula(masuk jarum lam salur darah). Macam biasa,aku ygterpaksa jd mangsa model. Dulu dah 2 kali aku kne insert branula dgn dak2 ni tp x sakit pun. Tapi td Khalim tu insert sakit kot. Masuk kt tgn kiri x jd. TUkar tgn kanan plakm pergh sakit gila. Bengkak sampai tangan aku ni. Sampai skang sakit lagi. Suh staff nurse ajar,tp staff nurse sendiri takut n xnak. SEbab hosp HSI klu insert branula biasanya doctor yg buat. X mcm hosp HSA yg biasanya staff nurse sendiri yg buat.

Dah siap tu staff nurse suh aku tukar iv drip kt bed 9. TGh tukar tu byk plak songeh n soklan dari relative patient tu. Last2 dy sndiri pasang iv drip tu sbb nk tunjuk pandai. Aku rasa dy tu nurse kot. Sebab byk tny n tau byk mnda. Aku report kt staff nurse n male nurse. Dorg cm dh tw sbb tu suh aku yg g tukar. Ciss. PTutla. Tp staff nurse tu bekap jgkla kt aku. SBb relative patient tu mmg mengada nk tunjuk pandai. PPuuiihhh!

Tu jela yg berlaku arini. PApe pun ward tu mmg best. Junior pn rajin,member2 pn okay,staff nurse suma baik gila,okay la. Senang kerja kt ward tu.

k ciau. :-)