Monday, December 29, 2014

Movie Dengan Family

Salam guys. Keep strong guys. Hohoho.

Malam tadi mimpi member2 kat kolej, pastu tidur tengahari tadi pun mimpi dorang. The heck?? Haha. Rindu lettew. Haha.

Mendape ek nak merapu malam ni. Ha, tadi aku tengok How To Train A Dragon 2. Tengok dega adik, abang n mak aku. Semangat pasang kat PC suh dorang tengok. Tapi tak puas hati ah, sebab subtitles English. Kalau kitorang memang prefer Engs subs dari Malay subs, tapi sebab tengok nga mak aku kan. So mak aku cam x faham la whats going on dgn citer tu. So,time lawak pun muka mak aku camtu, time scene sedih pun muka mak aku camtu. Hmm. Nak download subs jgn harap ah kalau coverage kat sini macam nyawa ikan yang mereput.

Nak ajak tengok citer len kang cam tak sesuai nak tengok ngan family. Kalau gaduh², ganas², bunuh² takpe lagi, tapi citer kapiaq ni sokmonye ada adegan comolot, seks, bogel, seksi, mencarut. Tu lah sebabnya. Even kalau tengok anime pun kat PC, bila ada adegan kiss n family aku lalu kat belakang, aku dah cam x selesa, awkward, gelepor, risau suma ada. Ni nak ajak dorang tgk cter omputih lagi ah. Tetiba kang ada adegan lucah situ mampus suma. . Sebab tu tiap kali nak pasang movie dengan femeli, aku akan pastikan citer tu aku dah tengok n dah bertapis utk mengelakkan adegan luar biasa menjelma tengah² citer tu. Haha.

Okla. Xde mende dah nak citer. Keep praying.
Ciao.



.

Sunday, December 28, 2014

Kehidupan.

Wadup guys. It has been a while. Got no time to write the entry. It has been a week since i left the college. What? De hell you guys dont know i finished my nursing college?? Lol. Da habis dah. Aku last masa 10/12 aritu. Jawab LJM macam gampangss.

Aku berPTM seminggu. Pastu ciau. Konon aku ah paling ego keras kental tak nak nangis lah bagai. Last2 memancut2 jugak air mata masa sorang2 member blah. Time aku berambus pun nangis jugak. Bolok betul. Base pondan. Haha. Konon bajek taknak sedih. Sebelum sehari aku berambus tu, bergaduh jugak ah ngan member yg bleh tahan rapat. Haha. Bodoh je. Sebabkan tu jugak aku tak gi dinner terakhir ngan batch ktorang. Haha. Tp last2 berbaik gak ngan dorang sebelum berambus dari kolej tu.

23 December aritu dapat result LJM. Ya Allah. Alhamdulillah aku pass. So hanya tunggu sampai surat untuk posting. Tapi serius aku terkejut n sedih gila dengan dorng yg failed. Srius aku rasa sedih. Aku tak tau ah kalau aku kat tempat dorang. Dan skarang. Aku still serabut tak tahu lagi nak pilih unit apa, medical? Surgical? Orthopedics? Emergency( cannot male nurse)? Operation Theater? ICU?? Harghh. Aku suka Emergency, tp emergency takda male nurse, yg ada cuma Medical Assistant. Hmm...

Skang ni tengah bencana banjir kat pantai timur. Rasanya ni lah banjir paling teruk Malaysia pernah kena setakat ni. Tak tahu nak cakap, seriushit gila teruk ujian. Sedangkan tempat aku pun awal² tu teruk, takleh nak keluar terperangkap dengan banjir.

Pastu kelmarin, dapat info dari group batch ktorang yg ktorang diperlukan sebagai medical team untuk bantu mangsa banjir di Kelantan. Mulanya aku memang nak gi. Tapi sebab petang tu kaki aku injured terpijak paku karat masa tebang pokok. Demn. Tp malam tu aku dah get ready gi beli kasut. Sebab kasut aku dah tinggal kat kolej tal bawak balik. So malam tu aku packing barang unifo suma. Pastu keesokan harinya, aku tak jadi lah pergi sebab tetiba dorang plan terus pergi ke Sungai Buloh untuk naik heli kat sana ke Kelantan. Sedangkan jalan Kuantan ke KL memang tutup. Maybe sebab banjir. So tak jadi ah pergi.

Oklah. Tu je cerita. Aku malas nak taip pepanjang. Sama² la kita doakan semoga ujian Allah ni berakhir dan dikurangkan. Semoga semua mangsa banjir selamat, diberi kekuatan dan pulih segala²nya. Aamiin Ya Rabb.

Tuesday, December 16, 2014

Hari Ketiga BerPTM

Sup guys. What's in the bag? Well me? Hell yeah, today is the 3rd day berPTM.

So far, best. Sebab dapat fasilitator yg sempoi, dan barisan fasi2 yg len yg sporting. Dapat plak ahli geng yg otak syntax error. Huahua.

Setakat ni, aku rasa takde ah penat mana pun. Penat lagi kerja kat ward. Aku cuma masalah mengantuk tahap dewa naga je ekspesheli mase ceramah. Tajuk plak pasal kenegaraan, kepolitikan. Memang sumbak gila lah rasa. Tadi pun dah bape kali headbanging dalam dewan. Koya je pale rasa.

Harini group aku dapat no 3 dalam aktiviti riadah. Well, bangga ah siott. Hahaha.Jangan gelak lelebih. Dengan memacam gangguan seksual lagi tapi tetap dapat no. Hahaha. Hebak hebakk.

Esok bakal pakai kemeja yg sama cam semalam. Gi mampos. Aku ada 2 helai je kemeja. So sepanjang minggu yg padat n sendat ni, hok ni jela aku pakai. Haha

K ah. Bye.

Tu yg pendek tu rambut putih tu aku lah tu.
Masa ni aku tengah discuss pasal group kitorang incharge bahagian sajian Khamis nanti. Ada lagi ahli len tapi masa ni dorang kat len. So ni jelah sebahagian. Aku x ingat sape yg candid gambar ni. Tapi mekaseh lah kat orang tersebut. At least ada gambar kenangan. Huhu.

K ah, lagi sekali bye. Assalam.


Monday, December 15, 2014

Hari Kedua PTM

Sup guys? Hari ni hari kedua PTM.
PTM? Pe kejadah PTM tu??

Program Transformasi Minda ni di mana kau kena bangun awal2 berlari ke satu kawasan dan dengar manusia2 membebel terjerit2 dgn penuh emosi. Pastu kau sambil menguap dgr dorang mmbebel dan kau bakal kena denda sebab menguap dan kau rasa stress. Kau kena beratur utk amek makanan dlm masa setengah jam dan siap makan dan kembali ke tempat tertentu. So nasib mu ah sempat mentekedarah ke tak. Pastu kau akan kena paksa mata kau kekal tebukak mcm exophthalmos dengar ceramah, tengok slide, dan kau terpaksa berlagak kau adalah model seluar dalam yg paling sexy sedang berjalan atas runaway sambil diperhati oleh berpuluh juta penilai2 utk nilai segala pergerakan posture kau, dan kau kena ajet2 retis ternama yg gila sopan di mana kau kena cover n be hipokrit. Kena paksa senyum (mmg dah biasa sebagai team medical), kena cover cara bercakap, cara duduk, cara berkomunikasi, macam2 ah. Yg penting wajib jadi hipokrit kay bebeh. Pastu kau akan jadi femes melalui persembahan kau kat depan masyarakat, atau kau diberi peluang secara paksa mahupun rela utk berucap macam president negara kat depan segala manusia sambil otak senak berfikir topik pebenda yg nak dicakapkan dalam masa kurang 5 minit atau kau mungkin mati dibunuh oleh tentera2 medical. Hahaha, bukaah, PTM ni d i mana semua bakal penjawat awam wajib lalui selama seminggu yg amat padat. Ayat gila skema. Haha. Masa ni kau nk makan pun kne telan lelaju, berlari ke sana sini sinun, cara bercakap, cara berjalan, personaliti, kerjasama dan segala menda la dia nilai kau.

Ditakdirkan, aku jadi ketua kpd kumpulan 1. Hahaha. Gelak jela. Sebab sebelum ni aku Taichou kpd shinigami squad 12. So agak terkejut bila kena jadi Ketua Unit luar pada Gotei 12.

Ape yg paling azab? Xde ah azab pun, cuma biasa ah bila pompuan menguasai, kau akan tgk dorang membebel n membesarkan prkara2 yg kecil. Nasib ktua jabatan aku laki, even dia garang cm tentera tp lek2 je. Snang. Paling azab cuma ngantuk je la. Dengar ceramah, tgk video, even dgr fasilitator membebel pun aku boleh terhempas kepala kat atas meja.

Sebenarnya aku sekarang dikelilingi ujian2 tapi saja wat bodoh malas nak layan. Biar la aktiviti PTM yang padat ni wat hilang serabut otak aku utk fikir segala beban ujian2 ni. Aku cuma harap sangat LJM aritu lulus memandangkan memacam ujian sehari sebelum exam tu.

Tau tak,sebelum ni kalau aku dilantik jadi ketua, x kira ah dari tadika lagi, mesti aku cam, wadefaq, xnakkkk, ohhh shitttt, konoyarooo.
Tapi entah nape ah ni first time aku cam pasrah and raredollz je. Even ada jugak rasa x nak, tapi tetap terima. Hahahahshahaha.

Sepanjang PTM ni,jadual hidup aku, bangun jam 5.30am, gelepor solat suma, berlari gi PTM. Balik 7pm. Malam baru ah nak ngadap phone puas2. Baru dapat dengar earphone. Tu yg paling lega. Astaghfirullah. Lalai betul kan. Hahaha.



K ah bye.

Monday, December 8, 2014

Dua Hari Lagi

Sup guys. Dua hari lagi LJM bakal menggegarkan otak student nurses. Aku cuak sebab aku bangang.

Lepas maghrib tadi settle solat hajat berjemaah kat surau. Alhamdulillah. Macam biasa, bebudak yg alim2 yg lain suma pandang aku semacam. Yelah, aku ni kan hina. So dorang cm terkejut ah aku yg hina ni menjejakkan kaki ke surau kan.

Urgh. Sentap di lubuk hati yg paling dalam. Haha.

Okayla. Takda apa nak citer sangat hari ni.

Bye.

Sunday, December 7, 2014

Serabut

Salam guys. Lama betul tak update. Agak busy. Sebab kelas kan. Balik kelas baru enjoy dengan kawan menghargai waktu sementara berbaki lagi berapa hari nak habis. Malam pulak study sikit2. So tak berapa ada masa nak update.

By the way, lagi dua hari aku nak menduduki exam yg paling penting. Exam ni ah yg menentukan masa depan aku. Lau x, sesia je lah aku merana selama 3 tahun kat sini. Lembaga Jururawat Malaysia. Masa utk melihat segala student nurse mengketarkan kepala mnjawab 100 soalan dalam masa 2 jam setengah..

Sebenarnye, bukan tu yg aku nak citer. Pangkalnya aku rasa macam tak selesa je kebelakangan ni. Sebabnya aku duk dalam geng2 yg berapa nak geng. Dalam group tu, si A gaduh ngn si B, si C xpuas hati dengan si B,si B jadi batu api si D. Aku ni jadi orang yg serba salah sebab aku watak sampingan dlm group dorang ni. So serba salah, japgi kang baik dgn ni, yg tu terasa, baik dgn yg tu yg ni terasa. Dah mcm kawan ngn pompuan plak an. Haha. So kesimpulan, aku ni join je yg mana terima aku. Sebab aku ni mmg jenis solo n fo eva elon pun. Haha.

Itulah hidup. Kena jaga hubungan antara dengan Tuhan dan sesama makhluk. Diri ni sgt berdosa.

Tau x, aku baru buat rambut baru2 ni. Dan sgt la teruk gila tahap great khali apabila segala classmate kutuk kaw2 rambut aku. Sebenarnya aku da tau akan jadi hodoh sebegitu tp aku tetap buat. So skang aku mnerima padahnya. Wahahha.

Okla tu je. Chau.