Monday, March 30, 2015

Hidup

Sup guys. Lamanya tak memblogging. Sejak bermenjak menjak ni hidup aku tak terurus. Dengan duit. Macam2 lagilah. Setiap manusia ada masalah kan. Hoho.

Kat ward, dengan senior2 yg asik uji kau dengan perli2 yang boleh buat kau menyirap2 darah. Tapi kau kena steady la bro. Senyum je even dalam hati tu rasa cam tengah tikam2 cincang2 semua orang dengan rakus dan bernafsu buas.
Tapi bila aku fikir, biasa ah kan. Kau kan junior. Wajib ah kena menda2 camtu. Hati kena kebal ah. Iman kena kuat ah bagi ikhlas. Tapi dorang bukan torture sesaja, mesti dorang selit2 bagi aku survive (pikir positives). Kalau dapat senior yang sporting morting best ah. Ajar semua tanpa menghanjengkan kau. Haha.

Hidup kena la hormat menghormati beb. Tak kira la kau tua muda, baru ke lama ke. Hormat tu penting. Kadang org yg dah ada kuasa n pengalaman ni mudah lupa daratan, hilang rasa hormat kat org len. Aku kagum kat org yg dah betul2 pngalaman gila2, jawatan tinggi tapi still hormat org len.  Haha.

Okay la tu je. Aku harap hati aku akan ikhlas secepat mungkin dgn kerjaya aku ni. Bye!

Tuesday, March 10, 2015

Kepala Aku Biol

Sup to the sup guyss. Well, hari ni aku belum incharge the ward kay. Khamis ni baru incharge.

So, tadi belajar balik cam zaman student dulu. Admission, discharge patients, cencus, consent for operation, consent for blood transfusion, narrative report. Tak seserabut ward medical la. Boleh kot lama2 catchup.

Dan yg bestnya hosp ni ada PPK portal. Means that, patients yg perlu amek atau hantar ke bilik bedah, amek darah kat PDN, patients ke X-ray, tak perlu staff yg amek, call je, portal akan datang hantar dan amek. X macam hosp aku praktikal dulu. Melainkan patients tu disorientated, risks anything, on inotropes infusion,baru la staff kena ikut.

Hari ni belajar jugak cara pass over masa kat operation room, kena marah tu biasa even bukan salah kita kan. Zaman aku jadi shinigami dulu pun dah biasa kena marah. Haha. Dan biasalah tak da life bila dah amik bidang medical ni. Hidup untuk patients je. Balik untuk rehat. Xda masa sosial sangat pun. Takpela, aku pun macam anti sosial. Hiks. Yeke?Hiks lagi sekali.

Stress camne pun, kena la berlakon kuat dan hepi kan. Haha. Sebabnya xda orang akan tolong kita sendiri dah time dah qualified ni. Survive la korang sendiri. Tambah dapat hosp yang paling busy kat Malaysia ni kan. Haha. Gelak jela bila rasa lifeless dan macam takda hidup sangat dah. Kadang2 tengok baju tersidai melambai2 kat tingkap pun dah buat aku terhibur sambil earfon tersumbat di telinga.

Banyak benda yang aku kena catch up balik ni. Tulah, dulu tengah jadi shinigami amek partime jadi medical student lah, on call jadi ninja la. Pastu mula lah. Bila dah habis zaman student, terus lembap buat kerja bila dah qualified. Sebab tak focus. haha.

Aku kena study balik segala fracture, surgery, complications untuk topic orthopedics ni. Disebabkan aku permanent kat ward orthopedics ni. Baru senang nak tahu progress patients, baru tak kena nganjing ngan specialist, baru senang kerja, baru tak terkebil2.

Okla, penat hari ni. Sangat penat. Yang penting kuatkan hati dan fizikal. Jangan riak,sentiasa berdiri rendah. Ingat kita mula dari bawah. Hihihi.

Chauuu.....

Monday, March 9, 2015

Howrite

Sup guys. Apakah kepenatan hari ni. Owh sangat penat. Nasibla dapat hospital ni kan. Rasakan la kau.

Hidup awal2 pun dah macam takde life. Kul 6 pagi bangun, balik keje kul 5ptg. Argh, cepat2  lah dapat shift. Penat tau tak. Hahaha. Maklumla, reiatsu aku kian menurun sejak duk keyell ni. Podahh...

Pas balik tadi terus gi kajang amek motor. Yeayy, dapat motor baru. Btw, masa otw balik ke kl, hujan lebat, jalan licin. Aku accident, aku bawak dalam 70km per hour je, tapi disebabkan ada keter durjana yang keluar dari susur tiba2, terus jalan yg sempit tu stuck. Aku sempatla brake mengejut, tapi jalan yg seperti dijirus KY Gel yg licin menyebabkan motor aku hilang kawalan. Tapi kira hebat ah aku sempat kawal motor tu, aku terlanggar kereta belah kanan, kiri, pastu aku sempat elak dan aku terlanggar kereta depan. Mak aii, senak perut aku langgar kereta tu. Cam tak boleh bernafas. Aku rasa cam semua tu berlaku tak sampai sesaat. Pergh, dengan sakit and cuakkkzz, aku terus cilok2 n pecut celah2 kereta. Risau aku. Dahla motor baru siaakkk. Urghh!! Jalan dengan maha jem lagi kat titiwangsa. Serius aku bersyukur gila selamat. Aku cuma fikir mati je masa tu. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Moto pun xde apa, sebabnya badan aku je yang terlanggar kereta2 tersebut. Aku tak tahu camne nak terangkan melalui ayat, tapi mesti korang tak percaya kan camne aku accident dgn badan je n moto xde apa2 kan. Aku siap separuh tertiarap kat bonet belakang keter tu sebab handle moto tu aku dh terlepas, motor menyerong ke tepi dan still celah kangkang aku. Hahaha. Syukur selamat.

Lepas pada tu, tetiba aku lupa segala jalan. Dasar cuaakk. haha. Aku berenti jap kat titiwangsa sebabnya hujan memang gila2 lebat. Last2, aku redah je lepas 20 minit tunggu kat situ. Dalam pukul 8malam lebih sikit aku sampai umah. Dengan basah and sexy and menggigil2 and kelaparan, n kepenatan yang amat sangat.

Sampai bilik terus mandi and gigih basuh baju guna tangan kayy. Mana ada mesin basuh. Akibat dah terbiasa dengan zaman kolej dulu. Lagipun aku memang tak reti guna mesin basuh kalau wujud pun mesin basuh kat rumah.

Btw, tadi dah 4 orang nurse kat ward aku yang ingat aku ni orang Kelantan. Atas dasar aku bercakap loghat Kelantan. Sebabnya dah terbiasa ditambah kampung aku pun guna loghat Ganu + Klate. Bila dorang syak camtu terus aku cakap bahasa formal. Lol. Lawak kan.

okla. bye. Hope tomorrow is a better day

Monday, March 2, 2015

Sweety Ants Juice Ikat Tepi

Salam guys. Watcha doing??

Penat nya hari ni. Even takda monster dan Hollows. Aku tetap penat. Aku ni 24 jam penat sebenarnye. Masalah betul. Tolol.

Hah, aku nak tanya ah korang. Betul ke kalau tertelan atau memang sengaja ratah dan buat ulam semut boleh menyebabkan kita lupa?? Sejauh mana kebenarannya? Adakah sejauh mata memandang?

Dan aku pernah dengar ada orang cakap (family aku cakap) kalau makan sekor semut boleh jadi pelupa 40 hari. Goshhhh. Sew Rie Youth Lee?? Demmmm!!

Memandangkan rumah sewa aku ni banyak gila semut. Kat dalam jag, luar jag, celah jag, bawah jag air. Dalam air pun ada. Masalahnya, air kosong kot. (Semut pun dahaga la ngok). Hari² sebelum aku minum hampir separuh air dari jag tu aku buang. Nak buang suma takot membazir. Nanti apa kata hoousemates kan. So aku curah yang ada semut tu jelah. Even air tu dah tercemar dengan puluhan semut yang bagaikan menganggap air tu macam kolam air panas dikelilingi awek jepun yang seksi. Opsss.!! Epitaxis jap.

So hari² minum air yang tercemar dengan semut. Kalau sekor semut dah 40 hari lupa. Ce bayangkan kalau 15 ekor ke. 20 ekor ke sehari. X ke 800 hari aku jadi pelupa?? Jadi bodoh??
So camne ni?

Gampanggggg!!! Aku bakal jadi bodoh selama hampir 2 tahun???!!!





Sebenarnya aku penat, tapi gigihkan kan jugak hati untuk update blog ni. Sebab ni je tempat aku meluahkan perasaan dan story aku yang tah pape ni.

Hokay la. Aku nak feeling layan playlist lagu Sum 41 hari ni. Release stress n penat. Chauwwww~~~~

Sunday, March 1, 2015

Male Nurse

Sup guys. Sup guys, sup sup sup guyss.

Bestnye lah cuti. Haha. Korang tau tak, aku dah officially berkhidmat di HKL?
Dan aku terfikir, kenapa aku?? Kenapa?? Zaman student dulu, nama aku dalam group2 yg selalu dapat ward puaka. Dan aku antara spesies yg selalu dibuli disebabkan dapat geng yg suka ghaib persis ninja. Dan selalu kena tempias disebabkan orang len punya hal. Ingatkan dah keja, okayla dapat hosp yg okay sikit, tapi nasib aku mang dah ditakdirkan sebegini.

Tapi bila pikirkan balik, kena la fikir positive kan. Mungkin sebab aku ni bebal terhadap masyarakat sekeliling dan anti sosial, maka, patutlah aku dapat hosp yang super mega value busy. Baru padan dengan muka. Biar hadap sikit dengan masyarakat. Biar berbakti sikit. Hahaha

Esok last orentasi aku. Setakat ni, sn, matron n sister yang aku jumpa okay lagi lah. Tak jumpa lagi mcm mereka2 yang pernah aku praktikal zaman muda² dulu. Sebab biasanya matron atau sister ni memang suka cari salah student laki. Rambut kepop lah, janggut wak doyok la. Ni berdasarkan pengalaman aku lah. Yang aku heran, asal la orang sokmo cakap aku ni suka style kepop entah. Dahla benda yang alu alergik. Ingat aku ni cam kepopers tu ke? Kalau samakan aku macam Oliver Sykes ke, Synyster Gates ke takpe la lagi (walaupun muka skema cam Nobita). Urgh.

Bagi aku, tak salah kalau rambut tu nak style sikit, atau spiky sikit2, asal kemas. Walaupun aku ni bukan di antara yang spiky hair. Melainkan spiky tahap trojan atau punk atau mohawk bin skin head tu melampau ah kan.

Sebenarnya aku masih tak percaya yang aku dah qualified. Setiap kali nak gi ke hosp, rasa malu bila orang duk pandang2 aku dengan uniform ni. Yela, sebelum ni pakai kimono dengan haori. Time tu plak manusia biasa mana nampak aku.

Pastu bila lalu sebelah students rasa cam awkward. Risau pulak aku nanti bila dah kerja kat ward, student lagi laju wat keje dari aku. Malu beb. Sebab aku pernah mengalaminya masa dulu bila aku kerja kat ward medical, aku macam incas kat ward tu, v/sign, ubat, iv, ecg, io aku settle sendiri sampai freshies tu terkejut dan malu. So nanti, mungkin giliran aku pulak yang malu dengan students. Huwargh.

Dan yang aku risau bila dah keje ni, kompem dalam tu penuh dengan wanita a.k.a akak2 nurse kita. Dan kekekokan pasti bakalan berlaku punya. Serius cakap. Sebab zaman praktikal dulu aku biasa dalam group laki, kadang2 je dengan pompuan, dan aku ni bila ngan group pompuan, aku akan jadi kaku dan awkward sepanjang hayat. Tapi biasa aku akan teroveracting utk mengatasi kekakuan tersebut yang menyebabkan situasi bertambah parah dengan keawkwardan yang melampau. Jadinya, aku tak tahula apa bakal terjadi nanti.

Disebabkan cuti makanya entry aku agak panjang la arini. haha.



Inilah aku. Guna qu puteh. Haha