Bestnye lah cuti. Haha. Korang tau tak, aku dah officially berkhidmat di HKL?
Dan aku terfikir, kenapa aku?? Kenapa?? Zaman student dulu, nama aku dalam group2 yg selalu dapat ward puaka. Dan aku antara spesies yg selalu dibuli disebabkan dapat geng yg suka ghaib persis ninja. Dan selalu kena tempias disebabkan orang len punya hal. Ingatkan dah keja, okayla dapat hosp yg okay sikit, tapi nasib aku mang dah ditakdirkan sebegini.
Tapi bila pikirkan balik, kena la fikir positive kan. Mungkin sebab aku ni bebal terhadap masyarakat sekeliling dan anti sosial, maka, patutlah aku dapat hosp yang super mega value busy. Baru padan dengan muka. Biar hadap sikit dengan masyarakat. Biar berbakti sikit. Hahaha
Esok last orentasi aku. Setakat ni, sn, matron n sister yang aku jumpa okay lagi lah. Tak jumpa lagi mcm mereka2 yang pernah aku praktikal zaman muda² dulu. Sebab biasanya matron atau sister ni memang suka cari salah student laki. Rambut kepop lah, janggut wak doyok la. Ni berdasarkan pengalaman aku lah. Yang aku heran, asal la orang sokmo cakap aku ni suka style kepop entah. Dahla benda yang alu alergik. Ingat aku ni cam kepopers tu ke? Kalau samakan aku macam Oliver Sykes ke, Synyster Gates ke takpe la lagi (walaupun muka skema cam Nobita). Urgh.
Bagi aku, tak salah kalau rambut tu nak style sikit, atau spiky sikit2, asal kemas. Walaupun aku ni bukan di antara yang spiky hair. Melainkan spiky tahap trojan atau punk atau mohawk bin skin head tu melampau ah kan.
Sebenarnya aku masih tak percaya yang aku dah qualified. Setiap kali nak gi ke hosp, rasa malu bila orang duk pandang2 aku dengan uniform ni. Yela, sebelum ni pakai kimono dengan haori. Time tu plak manusia biasa mana nampak aku.
Pastu bila lalu sebelah students rasa cam awkward. Risau pulak aku nanti bila dah kerja kat ward, student lagi laju wat keje dari aku. Malu beb. Sebab aku pernah mengalaminya masa dulu bila aku kerja kat ward medical, aku macam incas kat ward tu, v/sign, ubat, iv, ecg, io aku settle sendiri sampai freshies tu terkejut dan malu. So nanti, mungkin giliran aku pulak yang malu dengan students. Huwargh.
Dan yang aku risau bila dah keje ni, kompem dalam tu penuh dengan wanita a.k.a akak2 nurse kita. Dan kekekokan pasti bakalan berlaku punya. Serius cakap. Sebab zaman praktikal dulu aku biasa dalam group laki, kadang2 je dengan pompuan, dan aku ni bila ngan group pompuan, aku akan jadi kaku dan awkward sepanjang hayat. Tapi biasa aku akan teroveracting utk mengatasi kekakuan tersebut yang menyebabkan situasi bertambah parah dengan keawkwardan yang melampau. Jadinya, aku tak tahula apa bakal terjadi nanti.
Disebabkan cuti makanya entry aku agak panjang la arini. haha.
Inilah aku. Guna qu puteh. Haha


No comments:
Post a Comment