Sup guys? Hari ni hari kedua PTM.
PTM? Pe kejadah PTM tu??
Program Transformasi Minda ni di mana kau kena bangun awal2 berlari ke satu kawasan dan dengar manusia2 membebel terjerit2 dgn penuh emosi. Pastu kau sambil menguap dgr dorang mmbebel dan kau bakal kena denda sebab menguap dan kau rasa stress. Kau kena beratur utk amek makanan dlm masa setengah jam dan siap makan dan kembali ke tempat tertentu. So nasib mu ah sempat mentekedarah ke tak. Pastu kau akan kena paksa mata kau kekal tebukak mcm exophthalmos dengar ceramah, tengok slide, dan kau terpaksa berlagak kau adalah model seluar dalam yg paling sexy sedang berjalan atas runaway sambil diperhati oleh berpuluh juta penilai2 utk nilai segala pergerakan posture kau, dan kau kena ajet2 retis ternama yg gila sopan di mana kau kena cover n be hipokrit. Kena paksa senyum (mmg dah biasa sebagai team medical), kena cover cara bercakap, cara duduk, cara berkomunikasi, macam2 ah. Yg penting wajib jadi hipokrit kay bebeh. Pastu kau akan jadi femes melalui persembahan kau kat depan masyarakat, atau kau diberi peluang secara paksa mahupun rela utk berucap macam president negara kat depan segala manusia sambil otak senak berfikir topik pebenda yg nak dicakapkan dalam masa kurang 5 minit atau kau mungkin mati dibunuh oleh tentera2 medical. Hahaha, bukaah, PTM ni d i mana semua bakal penjawat awam wajib lalui selama seminggu yg amat padat. Ayat gila skema. Haha. Masa ni kau nk makan pun kne telan lelaju, berlari ke sana sini sinun, cara bercakap, cara berjalan, personaliti, kerjasama dan segala menda la dia nilai kau.
Ditakdirkan, aku jadi ketua kpd kumpulan 1. Hahaha. Gelak jela. Sebab sebelum ni aku Taichou kpd shinigami squad 12. So agak terkejut bila kena jadi Ketua Unit luar pada Gotei 12.
Ape yg paling azab? Xde ah azab pun, cuma biasa ah bila pompuan menguasai, kau akan tgk dorang membebel n membesarkan prkara2 yg kecil. Nasib ktua jabatan aku laki, even dia garang cm tentera tp lek2 je. Snang. Paling azab cuma ngantuk je la. Dengar ceramah, tgk video, even dgr fasilitator membebel pun aku boleh terhempas kepala kat atas meja.
Sebenarnya aku sekarang dikelilingi ujian2 tapi saja wat bodoh malas nak layan. Biar la aktiviti PTM yang padat ni wat hilang serabut otak aku utk fikir segala beban ujian2 ni. Aku cuma harap sangat LJM aritu lulus memandangkan memacam ujian sehari sebelum exam tu.
Tau tak,sebelum ni kalau aku dilantik jadi ketua, x kira ah dari tadika lagi, mesti aku cam, wadefaq, xnakkkk, ohhh shitttt, konoyarooo.
Tapi entah nape ah ni first time aku cam pasrah and raredollz je. Even ada jugak rasa x nak, tapi tetap terima. Hahahahshahaha.
Sepanjang PTM ni,jadual hidup aku, bangun jam 5.30am, gelepor solat suma, berlari gi PTM. Balik 7pm. Malam baru ah nak ngadap phone puas2. Baru dapat dengar earphone. Tu yg paling lega. Astaghfirullah. Lalai betul kan. Hahaha.
K ah bye.

No comments:
Post a Comment