Arghhhhh. Wassup guys. Lama tak memblogging. Tersangat serabut dan takda masa. Dengan Reflective Practice lagi. Arghhh!!
Aku tidur 2 jam je. Sebab dah 2 hari badan aku kena gatal2 yang amat sangat. Masalah, time malam je jadi camtu. Siang sihat walafiat. Erghh. So, aku takleh tido sampai subuh. Lepas mandi dan solat, aku qada' tidur aku tu dari jam 7 pagi sampai 9 pagi. Bangun terus bersiap jumpa madam untuk perbetulkan assigment Reflective Diary.
Jam 11 am, settle semua, pergi Setia Tropica pulak amik baju member kat dobi. Pastu balik kolej terus mandi dan bersiap gi kerja.
Sampai ward amek report semua. Rasa heaven bila staff nurse yang incharge adalah male nurse. Sebab kebanyakan male nurse jenis x suka buat masalah dan nk marah2 student. Biasa nurse pompuan je kerek dan mudah nak mengadu dan menyerabutkan keadaan.
Kusangkakan panas sampai maghrib,Tapi hujan di tengah hari bila last minit, male nurse incharge tak buat apa. Setakat tulis report. Patient 15 orang aku handle sorang. Dengan ada neb, BD dressing, bagi ubat, macam2 lagi. Pastu tolong kerja sister kejap.
Masuk semula kubikal aku, tengok banyak kerja x siap. Argh. Stress. Pastu ada member tolong buat suction kt patient bed 62. Lepas dorang siap tetiba patient tu tachypnea, SPO2 drop. Relative menggelabah gila. Pastu doktor HO,MO smua kerumun patient tu. Pastu suh aku wat suction la, insert rhyles tube baru la, bagi feeding la. Ha! Amekkau. Dalam masa yang singkat doktor arah semua. Aku kerja lain yang tertunda lagi. Jam dah 7 lebih. Solat asar aku dah habis terlajak. Argh!!
Pastu tengah serabut2 tu, male nurse yg incharge tak tolong pun, siap bagi macam2 arahan lagi. Dengan relative patient yang serabut dan macam nak salahkan aku yg menyebabkan anak dia semput dan nak mati. Gila stress serabut aku.
Pastu tengah busy buat vital sign, dengan new case bagai. Jam dah 8.30pm. Lagi setengah jam nak balik. Kau bayangkan, tak siap lagi vital sign, dengan dynamap macam babi yang asik rosak! Aku rasa nak rembas dynamap tu kat neraka jahanam.( Solat maghrib pun dah terlepas)
Tengah keserabutan tetiba la pulak relative patient nak cek tekanan darah dorang. Nak reject kang takut dorang cakap nurse ni tak baik la apela pulak. So buat jugakla even masa dah suntuk. Mujur member2 yang dah settle kerja tolong kat kubikal aku close i/o.
Pastu dah 8.45pm, buat dressing pulak kat patient bed 67. Bapak serabut cibai. Aku tak tahu sape student, sapa staff nurse. Dunia dah terbalik. Hakikat male nurse tu memang baik, tak marah2. Tapi agak2 la kerja student semua buat. Kadang2 student bukan jaga satu kubikal je. Kubikal lain pun kitorang tolong cover kadang2. Tambah patient and relative kadang2 mintak macam2 kehendak dari student berbanding dari staff nurse. Sebab student biasanya akan pasrah dengan kemahuan dorang.
Dah lama tak stress kerja. Harini rasakan kau. Mampus. Dahla kubikal aku tu, aku sorang je student. Patient 15 orang. Bukan setakat aku sorang student, tapi aku sorang yg jaga patients2 semua kat kubikal tu. Doktor, rehab, semua benda tanya kat aku. Sebab mn incas xde kat situ. Menggunakan sedikit pengalaman management, dan report aku, boleh la jugak aku jawab sikit2 .
Itulah, dorang masih menganggap aku ni ninja. Sesungguhnya aku ni shinigami bertopengkan student medical. Mungkin aku patu tunjuk badge Shinigami baru dorang tak melalut2 suruh aku buat macam2 kerja dalam masa beberapa detik waktu.
Sekian saja laporan keluhan rungutan hidup harini. Harap malam ni badan aku tak mengalami kegatalan. Terima kasih kat member2 yg tolong aku masa tengah serabut dan terkejar2 tadi. Satu perkara paling susah ialah bila kau kena tetap senyum depan relative dan depan patient masa kau tengah penat, stress, geram, badmood, hangin. Serius susah. Macam nak senyum sambil teran sembelit.
Sekian. Gugbai!
No comments:
Post a Comment