Assalam. Hey geng. Aku tak update pun kan pasal masa cuti raya aritu (bajet mcm ada org baca blog aku je kan).
Raya haritu bestla. Aku masih rasa feel raya. Memang puas. Dapat pulak cuti agak lama kan. Biasa raya ketiga dah kena balik kolej. Ni raya kelima baru balik kolej. Best ah. Asik berjalan umah sedara. Busy jugak. Sampai tak sempat g beraya rumah member, even member duk depan rumah je. Sebab asik keluar g rumah sedara. Malam baru balik. Malam penatla nk g berjalan pulak kan? Yang best bila berkumpul reramai. Pastu aku rasa cam lagi dewasa ni lagi banyak pulak duit raya aku dapat. Nak dekat RM200. Bagi aku banyak ah tu. Bagi korang mesti alahai, nak beli kasut converse pun tak lepas setakat banyak tu (masih terkilan T_T)
Hari ni first day kat ward paediatric (kanak2) 8D Hospital Sultan Ismail JB. Argh. Aku kurang selesa sebenarnya ward paeds. Sebab bebudak asik nak meraung menangis. Nak cek vital sign pun sampai berapa jam tah. Tapi kalau dapat bebudak yg cute, gebu,montel memang aku picit2 pipi, cium sedut sampai masuk pipi dorang lam lubang hidung aku. Haha.
Kalau bebudak yg tak berapa nak kiut tapi asik merengek tu yg aku tak tahan. Terpaksa hipokrit umpan ngan mainan la, wat muka buruk (yg dh sememangnya aku memang buruk pun), wat2 mesra dengan mak ayah dorang (even dalam hati menggelepor nak siapkan kerja nak balik)
Teruk kan aku?? Takde jiwa kebapaan langsung. Haha
Tadi kena hantar patient kat klinik ENT. Cam bangang aku merayau bersama patient tu cari klinik. Yela, last kerja kt HSI dua sem lepas. Lagipun aku tak pernah pergi klinik situ. Mana aku ingat bha. Last, tanya guard kt situ. Tunggu patient aku kat situ nak dekat sejam. Aku sahla tak cukup tidur malam tadi. Mengantuk gila. Aku rasa lebih 5 kali aku tersengguk dan terlena kat tempat menunggu tu. Dahla ramai gila manusia kat situ. Bila aku terjaga,ramai yg tinguk2 aku. Malu gila rasa. Entah cemane leh tertidur pun tak tahu. Haihhh. Teruk betol.
Okla. Tu ja luahan ni hari. Babaaaii~~
No comments:
Post a Comment