Yo, sup gangs. Had a blast today ^__^
Pagi tadi tido pukul 4 pagi. Langsung tak terjaga subuh. Sedar2 dah pukul 8.30 am. Sambung tido sampai jam 11am. Bangun mandi bersiap gi kerja. Serius malassssssss nak mampos. Argh. Aku kerja kat Hospital Sultanah Aminah JB, bahagian Acute and Emergency minggu ni. Harini shift petang, sama ngan roomate aku. Tapi roomate ak kerja kat dewan bedah Hospital Sultan Ismail JB.
Pkul 1.40pm sampai kat hospital. Nervous,takut,risau suma ada. Yang paling ketara adalah malas. Teruk kan? Haha.Yelah, unit emergency ni bukan cam ward lain. Kerja kena cekap laju. Kena sedia mental fizikal. Patients akan datang dalam pelbagai keadaan. Takde tangan, putus kaki,bleeding, unconcious, meraung2, macam2. Memang mencabar, berisiko dan penat lah kan. So,sebab tu aku takut sangat. Yelah, mesti doctor atau nurse dah assume kitorang ni tau semua memandangkan kitorang dah semester terakhir. Nak official jadi aggota medical dah pun.
Sampai je memang kitorang blur gila. Tak tau struktur dy. Tak tahu nak buat apa. Serius blur. Pukul 2pm barulah sister(ketua jururawat) datang. Perkenalkan macam2 dan buat orientasi. Lama gila orientasi. Sejam. Nak terputus kaki dan pinggang + aku ni ada flat feet yg membuatkan aku tak boleh berdiri lama. Argh. Sakit seluruh badan expecially kaki.
Lepas siap orientasi kitorang dibahagi2kan setiap zon. Zon merah(critical), kuning(separa critical), hijau(biasa2), asthma, dll. Aku ditempatkan di zon kuning. Separa kritikal.
Firstly memang blur tak tahu buat apa, sebab sangat lain dengan kat ward. Doktor sentiasa attend dekat patients. Dahla aku x study apa2 sebelum masuk situ. Memang bangang ah kan. Pastu tetiba doctor suh aku read urine feme patient. Aku terkebil2 tak tahu. So aku amek urine tu dari patient dan cepat2 cari staff nurse tanya cmne nk wat. Haha. Lega dah tahu. Pastu insert branula kat patient. Argh. Tak reti. Ak insert tapi tak jadi, tangan patient tu bengkak. Siot. Last2 doctor yg insert. (Sorrryy)
Pastu masa nk berbuka memang kelam kabut, pukul 7.45pm baru berbuka sebab ada masalah sikit.Setengah jam lewat. Tapi best. Doctor banyak yg baik. Medical assistants pun ramai yang sporting. Kat sini medical assistants yang berkuasa dari nurses. Dorang lah byk tolong kitorang. Best giler. Sume sporting. Harap sampai akhir lah staff2 kat situ tetap sporting. Aamiin.
Ada peristiwa awkward gila masa kitorang rest kat pantry. Dalam tu ada aku,zhafir, matyo dan sorang doctor cina pompuan yg kiut sangat. Memula kitorang awkward la lepak lam pantry tu sebab kitorang ni dhla nurse,student plak tu. Ada hati duk lam tu ngan seorang doctor. Haha. Dy pun prasan yg ktorang ni terawkward2 dlm tu. Dy pum tanye kenapa. Ktorang ckp xde apa. Pastu ktorang tergelak2. Tambah plak aku ni memang gila susah amat tahan gelak. Pastu Zhafir tanya doctor tu, jaga bahagian mana. Tapi doctor tu tak perasan kot. So krikkk krikkk gila ah. Aku matyo tergelak2 sambil tahan gelak mengenangkan keawkwardan situasi. Tapi matyo cover situasi. Dy cakap dy jaga yellow zo. So kiranya cam sebenarnya zhafir tu tanya matyo la sedangkan zhafir tu tanya doctor tu. Haha. Zhafir tu pun tersengih2 sebab malu. Doctor tu pun pandang ktorang n gelak jugak sebab pelik tengok ktorang. Hahaha. Ada lg peristiwa memaluka. Tapi penat plak aku nak citer. Tu jelah ari ni. Memang penat jugak. Tapi enjoy je hari ni. Harap selama2nya enjoy kerja kat unit emergency ni. Jyeahh.
Yang aku perasan harini banyak kali medical2 assistant yang pandang2 aku. Seram sejuk jgk walaupun dorang tu baik gila. Duk ushar2 aku. Kalau pompuan takpe jugak. Haha. Ni semua laki. Muka plak jambu belaka. Bleh jd retisss dorang tu. Errrrrr. Aku pun asik lari duk kat member2.
Oklah bye.
Esok nak cuba lagi insert branula dan taking blood


No comments:
Post a Comment