ISNIN 14 JULY 2014
Assalam and wassup2 guys,
Malam tadi aku tidur awal sebab tak tahu nak buat apa. Kul 1.30am tu dah bersiap berbungkus berselimut. Takde mood nak main game. Haha.
4.45am bangun sahur. Roti 2 keping dan segelas air kosong. Cukuplah, malas rasa nak sahur lebih2. Pastu sambung tido. Jam 6.15am bangun bersiap.
Kelas pagi tu lecturer tak masuk. Time lecturer tak masuk tak rasa pulak mengantuk. Pastu pukul 10 lebih tu, aku baru nak tido. X sampai 5 minit, lecturer dah masuk. Tapi serius, aku sempat mimpi, aku mimpi aku naik motor ngan adik aku, pastu terserempak dengan cikgu aku kat tengah jalan. Apebende ntah mimpi.
Lecturer mengajar tak sampai setengah jam, tiba2 gelap dunia. Aku terjaga sejam lepas pada tu. Sebab dengar bunyi satu kelas gelakkan lawak lecturer tu. Padahal aku tak nak sangat tido. Sebab dahla lecturer tu best gila. Tapi entah kenapa badan aku tu tershut down sendiri. Kelas abis awal. Pukul 12.30pm dah keluar kelas balik hostel. Lena betul aku tido kat bilik. Terjaga dengan bunyi alarm yg annoyying nak mampus.
Solat semua sambung g kelas.
Kelas petang tu kejap je, ada jugak aku tersengguk macam bangang sekali sekala. Pastu presentation. Habis. Pukul 4.30pm balik hostel.
Pukul 5pm aku tido, set alarm pukul 6. Aku betul2 tidur selena-lenanya. Sampai tak sedar bunyi alarm yg membencikan tu. Sedar2 aku tengok gelap gelita bilik. Takda sekalian manusia pun melainkan aku. Aku tengok jam, masyaAllah!! Dah pukul 7.06pm. Lagi 13 minit nak berbuka. Hakikatnya arini ada iftar perdana kat kolej. Tapi aku tak pergi pun. Tak suka nak berserabut dengan manusia. Aku gelepor gi bilik member aku nk bersiap utk berbuka. Berbuka dengan roti bakar je.
Tiba2 roomate aku call, takut jugak nak angkat, takut dy nak maki aku ke apa. Dy tanya aku ktne sebab dy dah tolong ambikkan nasi utk aku.
Masa tu aku rasa terharu sambil terkemut2 spinchter aku. Waahhh. Dy g bilik member aku dan kasi kat aku. Serius rasa bersalah,terharu, takut ada masa dy bagi tu. Sebab,dahla aku ni gedik tak pergi, pastu dy tolong ambikkan. Dahla aku ni dalam bilik memang bisu sebisu2nya tak bercakap ngan dy pun. Terharu sebab dy masih ingatkan roomate dy yg useless lagi hopeless gila ni. Lepas isya' tu aku qada' balik asar aku yg tertinggal tu.
Sekian saja utk hari ni. Keep rocking guys
No comments:
Post a Comment